Tindakan Lelaki Pandu Kereta Sambil Membaca Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Menerusi perkongsian itu, pemandu kereta berkenaan dilihat memegang stereng hanya menggunakan sebelah tangan manakala tangan kirinya memegang sebuah buku dipercayai Al-Quran mini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selain daripada mematuhi undang-undang jalan raya, setiap pengguna khususnya pemandu sering kali diingatkan agar sentiasa fokus dalam pemanduan mereka.
Ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini antaranya seperti kemalangan jalan raya.
Namun entah mengapa, masih ada segelintir pemandu yang dilihat mengabaikan undang-undang malah lebih teruk siap merakamkan aksi berbahaya itu untuk dipertontonkan kepada umum.
Individu Bawa Kereta Sambil Pegang Buku
Terbaharu, tular di media sosial termasuk TikTok dan Facebook aksi seorang individu yang dilihat memandu sebuah kereta jenis Honda.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah tindakan lelaki itu yang tidak fokus kepada pemanduan apabila memandu sambil membaca serta memegang sebuah buku kecil dipercayai al-Quran mini.
Malah, dia juga dilihat mengawal dan memegang stereng hanya menggunakan tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang buku tersebut.
Difahamkan, lelaki tersebut dipercayai sedang mengaji ketika memandu kenderaan berkenaan.
“Cuti-cuti juga. Tiga juz (juzuk) jangan lupa setiap hari,” tulisnya menerusi video tersebut.
Ramai Geram, Ada Yang Nasihatkan Fokus Kepada Pemanduan
Video yang turut dikongsikan di laman Facebook Bifoti nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Majoriti daripada mereka mengecam cara pemanduan lelaki berkenaan yang dilihat merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.
Malah, ada warganet yang berpendapat tidak salah pemuda mahu membaca ayat Al-Quran namun bukanlah dengan cara sedemikian.
Pandu Secara Melulu Atau Berbahaya Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Atau Denda
Tahukah anda, memandu merbahaya hingga mendatangkan kecelekaan kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain merupakan satu kesalahan?
Jika berlaku kemalangan hingga mengakibatkan kehilangan nyawa orang lain, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu dan membahayakan.
Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 higga RM50,000 serta hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang lima tahun.
#SembangTrafik PENJARA MINIMUM LIMA TAHUN SERTA DENDA SEHINGGA RM50,000 JIKA MEMANDU SECARA BERBAHAYA DAN MENYEBABKAN…
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Friday 22 July 2022
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Jangan Buar Agama Kena Keji Kerana Sikap Penting Diri Sendiri”
“Niat Tak Menghalalkan Cara”
“Buatlah Kebaikan Dengan Sembunyi”
“Takde Masalah Nak Baca, Nak Accident Sorang-Sorang, Yang Masalah Bila Melibatkan Keselamatan Orang Lain”
“Aku Drive Nak Tengok Notification Dekat Fon Pun Takut, Apa Lagi Drive 1 Tangan Begini Sambil Mata Begitu”
Baca Artikel Berkaitan: “Hargailah Nyawa!” – Lelaki Minta Rider Jangan ‘Duduk’ Rapat Sebelah Lori, Elak Bahaya Berlaku
Baca Artikel Berkaitan: Aksi BMW Biru Dipandu Laju & Cucuk Kereta Depan Sebelum Langgar Divider Curi Perhatian [Video]