fbpx
Now Reading
Warga Indonesia Mampu Bina Rumah Banglo Di Kampung Halaman Hasil Gaji Kerja Di Malaysia [Video]

Warga Indonesia Mampu Bina Rumah Banglo Di Kampung Halaman Hasil Gaji Kerja Di Malaysia [Video]

Difahamkan, kos yang telah dihabiskan untuk membina rumah terbabit adalah sekitar 2.5 bilion rupiah bersamaan kira-kira RM700,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, Malaysia merupakan antara negara yang menjadi sasaran warga Indonesia, Nepal dan Bangladesh untuk bekerja.

Peluang pekerjaan yang lebih banyak di negara ini menyebabkan warga-warga asing ini memilih Malaysia sebagai tempat mencari rezeki.

Tidak hanya itu, pendapatan yang lebih tinggi diterima di Malaysia juga menyebabkan mereka mampu menanggung ahli keluarga di kampung halaman selain menabung untuk masa depan.

Lelaki Indonesia mampu bina rumah banglo di kampung hasil kerja di Malaysia

Seperti seorang lelaki warga Indonesia ini, dia mampu membina sebuah rumah banglo mewah hasil daripada titik peluhnya bekerja di Malaysia.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di saluran YouTube Faiz Slamet, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Zainal dikatakan pekerja di Malaysia sebagai pekerja kontraktor.

Malah, isterinya juga pernah bekerja di Malaysia namun sudah pulang ke Indonesia dan tinggal di rumah banglo tersebut.

Bina rumah sekitar RM700,000 hasil kerja puluhan tahun di Malaysia

Menurut Zainal yang dihubungi secara panggilan video (kerana masih berada di Malaysia pada ketika itu) berkata, kos yang telah dihabiskan untuk membina rumah terbabit adalah sekitar 2.5 bilion rupiah bersamaan kira-kira RM700,000.

Pun begitu, wang tersebut bukanlah dikumpul dalam jangka masa dua atau tiga tahun, sebaliknya TKI (Tenaga Kerja Indonesia) itu mengambil masa lebih 30 tahun untuk membina rumah berkenaan.

Reka bentuk dan bahan binaan diambil dari Malaysia

Lebih menarik lagi, Zainal turut menyatakan bahawa reka bentuk rumah banglo terbabit mempunyai ciri-ciri rekaan daripada Malaysia

Tidak hanya itu, kebanyakan bahan binaan rumah berkenaan seperti cermin tingkap, cat, tombol pintu dan lain-lain turut dibawa dari negara ini.

Jelas Faiz, video tersebut dibuat olehnya untuk memberi motivasi kepada pekerja-pekerja Indonesia yang kini berada di Malaysia untuk tidak berputus asa.

Video tersebut dimuat naik oleh Faiz pada 13 December 2022 menerusi platform YouTube, namun sehingga kini ia masih mendapat perhatian ramai.

Video berdurasi 16.48 minit itu telah meraih lebih 1.7 juta tontonan di YouTube sekali gus meraih pelbagai reaksi wargamaya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji pasangan suami isteri itu kerana hasil usaha kerja keras mereka di Malaysia berjaya membawa hasil sedemikian.

Tidak kurang juga, segelintir warga Indonesia yang berkongsi kejayaan mereka selepas beberapa tahun bekerja di negara ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.