fbpx
Now Reading
“Adik Rindu Ayah” – Ramai Sebak Lihat Budak Lelaki Umur 5 Tahun Berlari Menuju Ke Pusara Arwah Bapa [Video]

“Adik Rindu Ayah” – Ramai Sebak Lihat Budak Lelaki Umur 5 Tahun Berlari Menuju Ke Pusara Arwah Bapa [Video]

Apa yang lebih menyentuh hati adalah kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Wafiy dilihat mencium dan memeluk batu nisan di pusara bapanya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehilangan orang tersayang khususnya ibu bapa atau pasangan sememangnya amat memeritkan.

Walaupun sukar untuk menerima kenyataan bahawa seseorang itu telah meninggal dunia, tetapi itulah hakikat yang terpaksa dihadapi.

Bagi anak kecil pula, ada yang memahami bahawa ibu atau bapa mereka telah tiada dan dapat menerima kenyataan itu.

Tindakan kanak-kanak yang kehilangan ibu atau bapa ini kadang kala boleh menyentuh hati yang melihat apatah lagi di saat mereka meluahkan rasa rindu.

Kerana Rindu, Kanak-Kanak Minta Ibu Bawa Pergi Pusara Arwah Bapa

Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita apabila anak lelakinya yang berusia lima tahun meminta untuk dibawa ke pusara arwah suami kerana rindu.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @janhafzan, dia mendedahkan anaknya yang digelar sebagai Wafiy sering meminta untuk dibawa pergi ke ‘rumah’ ayahnya.

“Balik je sekolah, minta ibu bawa pergi rumah (pusara) ayah. Nak pergi baca doa katanya,” tulis Hafzan.

Berlari Menuju Ke Pusara Arwah Bapa

Melalui perkongsian tersebut, Wafiy dilihat berlari dengan pantas dan meninggalkan ibunya di belakang menuju ke pusara arwah bapanya.

Malah, apa yang lebih menyentuh hati adalah Wafiy dilihat mencium dan memeluk batu nisan yang ada di pusara itu.

“‘Adik rindu ayah’, Ya nak, ibu faham macam mana rindu pada ayah, sebab ibu pun lalui perkara dan perasaan yang sama. Rindu pada ayah ibu.

“Bezanya anak ibu masih kecil. Belum puas bermanja dan nikmati kasih sayang ayah. Selalu ibu cakap, ibu sentiasa ada untuk semua anak-anak ibu. Harta dunia akhirat ibu ayah,” tulis wanita itu.

Difahamkan, arwah suami Hafzan meninggal dunia akibat darah beku dan jangkitan kuman pada paru-paru.

@janhafzan

Balik ja sklh minta ibu bwk p rumah ayah.. Nak p baca doa katanya… Macam ni la selalu..berlari mcm ayah ada depan mata minta peluk.. . Wafiy : adik rindu ayah… Ya nak.. Ibu faham mcm mana rindu pd ayah…sebab ibu pun lalui perkara & perasaan yg sama …rindu pd ayah ibu .. . Bezanya anak ibu masih kecil…belum puas bermanja & nikmati kasih syg ayah.. Selalu ibu ckp … Ibu sentiasa ada utk semua anak⁵ ibu.. Harta dunia akhirat ibuayah❤️ . Nak blk dan lagi minta ibu ambik gmbaq dia☺️

♬ Tunggu Aku Di Surga – dzaqrazky

Ramai Sebak, Ada Juga Yang Menitip Doa

Video yang telah mendapat lebih 360,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata meluahkan rasa sedih melihat aksi anak kecil itu yang berlari ke pusara seolah-olah teruja untuk bertemu dengan bapanya sendiri.

Malah, ada yang turut menitipkan doa buat ibu dan kanak-kanak lelaki itu agar sentiasa tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan.

Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman dan perasaan apabila turut kehilangan ibu bapa tersayang.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Sebaknya. Semoga Sis & Anak Sentiasa Dalam LindunganNya, Al Fatihah Buat Arwah”

“Yang Kehilangan Orang Tersayang Je Faham, Rindu Yang Tiada Penghujung”

“Tak Terungkap Dengan Kata-Kata, Hanya Menahan Sebak, Moga Adik Kuat Ya”

“Anak Kita Sama Puan, Masih Belum Puas Bermanja Dengan Ayahnya”

Baca Artikel Berkaitan: “Cara Bercakap, Berjalan & Senyum Semua Sama” – Wanita Terubat Rindu Jumpa Lelaki Mirip Arwah Ayah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Sedihnya..”- Wanita ‘Street View’ Kampung Halaman Sebab Rindu, Tapi Terjumpa Kelibat Arwah Ayah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.