fbpx

Biawak Masuk Dalam Klinik Tetapi Gelagat Doktor Jadi Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video kelihatan doktor menggunakan kerusi berdekatan dengannya untuk menakutkan biawak agar ia keluar dari klinik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Biawak merupakan salah satu haiwan reptilia yang mempunyai sifat agresif terhadap manusia mahupun binatang lain.

Ini kerana, terdapat banyak kes yang pernah berlaku membabitkan serangan biawak terhadap manusia. Malah serangan biawak juga boleh menyebabkan seseorang mengalami kecederaan parah seperti kulit terkoyak kerana haiwan reptilia ini mempunyai kuku serta gigi yang tajam.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai yang berasa gerun setiap kali terserempak dengan reptilia ini.

Biawak masuk klinik, gelagat doktor jadi perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seekor biawak yang memasuki sebuah klinik di Negeri Sembilan, namun gelagat doktor pula yang menjadi perhatian.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh Klinik Penawar Amapangan, Seremban, awalnya kelihatan pintu hadapan klinik tersebut dibiarkan terbuka.

Tidak lama kemudian kelihatan seekor biawak sedang berjalan lalu memasuki klinik melalui pintu yang terbuka itu.

Namun biawak tersebut telah bertindak memasuki kawasan kaunter pendaftaran dan disedari oleh seorang staf wanita yang berada di kawasan berkenaan.

Takut dengan kehadiran haiwan itu, wanita itu kemudiannya dilihat berlari ke bilik farmasi untuk memanggil doktor.

Kelihatan seorang doktor lelaki yang memakai set ‘scrub’ lengkap cuba mengintai di kaunter pendaftaran. Namun biawak itu mula memasuki bilik farmasi dan menyebabkan doktor serta staf wanita cuba untuk melarikan diri.

Tolak kerusi sebagai cara untuk biawak keluar dari klinik

Dalam cubaan menyelamatkan diri kelihatan doktor tersebut tergelincir hingga menyebabkan dia terjatuh ke atas lantai.

Di kala haiwan tersebut hampir mendekati mereka, doktor bertindak secara spontan menolak kerusi berdekatannya untuk membuatkan biawak takut dan keluar dari bilik farmasi berkenaan.

Kelihatan biawak segera keluar daripada premis berkenaan mengikut pintu hadapan. Sebaik haiwan itu keluar, doktor berkenaan segera menutup pintu.

“Maaf kami tidak menerima pesakit selain manusia,” tulisnya di ruang kapsyen. Menerusi rakaman CCTV dipercayai kejadian berlaku semalam (5 November).

@klinikpenawarampangan

Maaf kami tidak menerima pesakit selain manusia 🙂‍↔️ . . p/s: Peringatan untuk sentiasa menutup pintu bangunan dan pintu hati supaya tidak dimasuki buaya/penyondol #klinikpenawarampangan #seremban #cctv #malaysia

♬ original sound – KLINIK PENAWAR AMPANGAN – KLINIK PENAWAR AMPANGAN

Ramai terhibur dengan gelagat doktor halau biawak

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat keadaan doktor tersebut. Malah ada yang bergurau mengatakan itu adalah pertama kali mereka melihat doktor menolak dari merawat pesakit (biawak).

Doktor yang menghalau biawak tersebut dipercayai bernama Dr Ahmad.

Ada juga mengatakan pesakit (biawak) tidak mendaftar sebaliknya menerjah untuk berjumpa dengan doktor.

“Staf pun macam saya penakut. Kalau dah takut tu tak kira dah pegang siapa kenal ke tidak, janji selamat tak makan aku hahaha”

“Alamak salah klinik, ingatkan klinik haiwan”

“Pertama kali tengok doktor tak nak jumpa pesakit”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.