fbpx
Now Reading
“Inilah Satu Malaysia” – Individu Pelbagai Bangsa Bantu Alihkan Dahan Pokok Patah Raih Pujian [Video]

“Inilah Satu Malaysia” – Individu Pelbagai Bangsa Bantu Alihkan Dahan Pokok Patah Raih Pujian [Video]

Jelas wanita itu, ketika melalui jalan tersebut bersama suaminya, dahan sebatang pokok secara tiba-tiba patah hingga menghalang laluan berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasaannya, apabila berlaku sesuatu insiden seperti pokok tumbang hingga menghalang laluan, kebanyakan pengguna jalan raya akan menunggu pihak berkaitan bagi mengalihkan objek tersebut.

Apatah lagi jika pokok atau pohon terbabit bersaiz besar yang mungkin menyukarkan individu untuk mengalihkannya.

Semua Saling Bantu-Membantu Alihkan Dahan Pokok Yang Tumbang

Namun, berbeza pula dengan beberapa individu ini yang dilihat secara spontan dan rela hati menyumbangkan tenaga membantu mengalihkan dahan pokok yang patah.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @akak_cikabom_bambam, wanita tersebut berkongsikan momen indah ketika dia melalui sebuah jalan utama yang terletak di Ipoh, Perak.

Jelasnya, ketika melalui jalan tersebut bersama suaminya, dahan sebatang pokok secara tiba-tiba patah hingga menghalang laluan berkenaan.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah tindakan seorang lelaki yang dipercayai suaminya yang cuba mengalihkan dahan pokok tersebut.

Yang lebih menarik, selepas beberapa saat, lelaki tersebut turut dibantu oleh beberapa orang pengguna jalan raya lain yang terdiri daripada pelbagai bangsa bersama-sama mengalihkan dahan pokok yang berat itu.

“Mula-mula dia nak alihkan pokok ni sorang-sorang. Tiba-tiba ada Cina, India, abang M (Melayu) pun join sekali, haa, senang kerja,” tulisnya menerusi video tersebut.

Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat masing-masing memainkan peranan dan cuba mengangkat dahan tersebut hingga ianya berjaya dialihkan ke tepi jalan.

“Terkejut, tiba-tiba ada dahan pokok patah. Alhamdulillah, semua okay, bekerjasama berganding bahu, tolong menolong, membantu,” tulis wanita itu diruang kapsyen.

Tambah wanita itu lagi menerusi ruangan komen, niatnya yang merakam momen sedemikian hanyalah sekadar untuk merakam perbuatan baik individu tersebut.

@akak_cikabom_bambam

Terkejut , tiba2 ada dahan pokok patah. Alhamdulillah..semua ok..bekerjasama berganding bahu , tolong menolong bantu membantu..🇲🇾 #ipoh

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Ramai Kagum Lihat Individu Berganding Bahu Alihkan Dahan Pokok

Video yang telah mendapat lebih 363,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Kebanyakan mereka meluahkan rasa kagum melihat individu sanggup menghulurkan bantuan dan saling bekerjasama mengalihkan dahan pokok berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang berasa seronok melihat keharmonian dan perpaduan individu berbilang bangsa itu.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Terbaik, Ini Baru Rakyat Malaysia, Semangat Perpaduan”

“Walau Berbeza Fahaman, Itu Bukan Alasan Untuk Kita Buat Baik, Kita Tetap Satu Negara”

“Kan Elok Macam Ni, Melayu, Cina , India Bersatu, 1 Malaysia Namanya”

“Alah Kita Orang Biasa Ni Elok Je Berkawan, Berjiran Tiga Bangsa”

“Terima Kasih Orang Baik, Anda Adalah Hero”

Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik Tuan” – Ramai Puji Ketua Polis Daerah Barat Daya Kawal Trafik Waktu Kejadian Pokok Tumbang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bomba Dihalang Pemilik Kenderaan Alihkan Pokok Tumbang Hempap Keretanya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.