“Lembutnya Kak”- Sikap Penyabar Wanita Selepas Kereta Kena Double Park Hampir 2 Jam Curi Perhatian [Video]
Wanita itu mendakwa dia terpaksa menunggu hampir dua jam gara-gara perbuatan individu terbabit yang menarik brek tangan dan tidak meninggalkan nombor telefon ketika double park keretanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dapat dinafikan, kawasan parkir yang terhad menyebabkan sesetengah individu terpaksa meletakkan kenderaan mereka di hadapan atau bersebelahan kenderaan orang lain.
Kebiasaannya, budaya double park ini akan dilakukan dengan brek tangan dilepaskan atau dengan meletakkan nombor telefon pada cermin hadapan bagi memudahkan individu untuk menghubungi pemilik kereta sekiranya mahu kenderaan dialihkan.
Namun, masih ada yang dilihat selamba meletak dan menghalang kenderaan lain tanpa melakukan dua perkara tersebut.
Keadaan itu sudah pastinya menimbulkan rasa marah dalam diri individu lebih-lebih lagi sekiranya ada urusan segera atau kecemasan yang perlu dibuat.
Kenderaan Dihalang Oleh Kereta Lain Hampir Dua Jam
Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila keretanya dihalang oleh kenderaan lain hingga menyukarkan dia untuk bergerak.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @kaklong_srikandi, kelihatan sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna merah diletakkan di hadapan kereta wanita itu.
Apa yang menjadi perhatian adalah wanita itu mendakwa dia terpaksa menunggu hampir dua jam gara-gara sikap pentingkan diri individu terbabit.
Ini kerana kereta tersebut tidak dapat dialih disebabkan brek tangan yang tidak diturunkan. Malah, tiada apa-apa maklumat seperti nombor telefon diletakkan pada kereta Proton Saga itu.
Bunyikan Hon, Siap Post Dalam Group Cari Pemilik
Melalui perkongsian yang sama, kelihatan wanita berkenaan turut membunyikan hon yang panjang bagi menyedarkan pemilik kereta berkenaan.
“Hari ni kereta kena block. Dah dekat dua jam dekat sini. Dia tarik handbrake. Dah hon banyak kali, tapi orang tu tak turun. Dah post banyak kali dalam group tapi tiada siapa yang turun, ya Allah,” katanya menerusi video tersebut.
Malah menerusi ruangan komen, wanita berkenaan turut meluahkan rasa geram dan marah berhubung insiden tersebut ketika membalas komen pengguna media sosial di video tersebut.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Kuala Lumpur.
Ingatkan Nak Marah, Rupanya Tegur Dengan Cara Lembut
Pun begitu, ada netizen yang meminta agar wanita berkenaan berkongsi pengakhiran insiden berkenaan.
Melalui video berasingan dapat dilihat seorang pemuda berada dalam kereta Proton Saga tersebut.
Malah, turut kedengaran dia memohon maaf atas tindakannya yang menghalang kenderaan wanita itu.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah respon wanita berkenaan. Ini kerana ramai yang menyangka dia akan memarahi atau meninggikan suara kepada lelaki tersebut sama seperti yang dibuat oleh kebanyakan orang.
Sebaliknya, wanita berkenaan hanya menggunakan nada yang lembut malah kedengaran seperti seseorang yang sedang merajuk.
“Awak boleh ganti saya pergi kerja? Lama sangat awak ni, tinggallah nombor telefon ke apa, saya dah tiga empat jam dekat sini,” kata wanita itu.
Ramai Puji Wanita, Kekal Tenang & Tidak Mudah Marah
Video yang turut dikongsikan di platform X serta mendapat lebih 150,000 tontonan itu nyata menarik perhatian ramai.
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan pemuda berkenaan yang meninggalkan kenderaannya di parkir begitu lama dalam keadaan sedemikian.
Namun, ramai juga yang memuji wanita tersebut selepas melihat kelembutan dan kesabarannya menghadapi insiden berkenaan walaupun terpaksa menunggu hampir 2 jam.
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Kalau Saya Dah Jadi King Kong Dah”
“Plot Twist La, Ingatkan Marah, Tapi Dah Rupa Merajuk Pula”
“Kalau Saya Yang Kena Memang Mencarut Dah”
“Sabar Betul Akak Ni, Tak Ramai Mampu Buat”
“Kenapa Nak Cover Muka Manusia Macam Ni”
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Cakap Maaf Pun” – Lelaki Bengang, Terpaksa Tunggu 30 Minit Gara-Gara Wanita Double Park Depan Kereta [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Menyusahkan Orang” – Pemandu Myvi Selamba ‘Double Park’ & Tarik Brek Tangan Dikecam Ramai [Video]