fbpx
Now Reading
Pelajar Warga China Dakwa Ditengking Pak Guard UM Kerana Pakai Seluar Pendek Dalam Kampus

Pelajar Warga China Dakwa Ditengking Pak Guard UM Kerana Pakai Seluar Pendek Dalam Kampus

Pelajar berbangsa Cina yang keluar dari perpustakaan itu mendakwa anggota keselamatan terbabit merekodkan keseluruhan kejadian dan menahan kad identiti pelajarnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Etika berpakaian pelajar Universiti Malaya sekali lagi menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat baru-baru ini.

Dengan adanya dasar kod pemakaian ini, ia secara tidak langsung memberikan kuasa kepada kakitangan universiti seperti penjaga keselamatan untuk memantau pemakaian pelajar.

Terbaharu, seorang pelajar antarabangsa dari China mendakwa dia hampir dibuang universiti gara-gara memakai seluar pendek ke perpustakaan.


Pelajar Dakwa Ditengking Oleh Pengawal Keselamatan Kerana Berseluar Pendek

Akui kesalahan tersebut yang dilakukan itu, pelajar ini menganggap ia adalah tidak wajar bagi pekerja berkenaan bersikap biadap hingga hampir dibuang dari universiti.

Difahamkan, kakitangan universiti berkenaan telah menjerit kepadanya dan sempat merakam situasi ketika kejadian berlaku. Malah, kad identiti pelajarnya juga ditahan.

Walaupun penuntut itu sudah menutup kakinya dengan berseluar panjang bagi menenangkan pengawal, namun anggota keselamatan terbabit masih melayannya dengan kasar.

Bukan itu sahaja, penjaga keselamatan itu juga mengugut untuk melaporkan kesalahan pemakaian tersebut kepada fakulti dan bakal menyebabkan pelajar berkenaan berisko untuk dibuang.

Namun setakat ini, Universiti Malaya masih belum mengeluarkan kenyataan umum mengenai perkara itu.


Masyarakat Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Kejadian Yang Berlaku

Di media sosial, sesetengah masyarakat menyokong kod pakaian berkenaan kerana peraturan itu telah ditetapkan sendiri oleh pihak universiti. Malah, universiti awam sememangnya dikenali dengan etika pemakaian yang agak ketat.

Namun, ada pula netizen yang menganggap hukuman yang diberikan itu agak keterlaluan dan tidak wajar disebabkan oleh perkara kecil.


UMANY Anggap Peraturan Etika Pemakaian Bersifat Konservatif

Berdasarkan situasi yang berlaku ini, Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) telah memuat naik hantaran di laman Facebook pada 3 November lalu.

Dalam hantaran berkenaan, UMANY mengakui bahawa pelajar berkenaan telah melakukan kesalahan kerana melanggar etika berpakaian.

Namun kakitangan keselamatan yang terlibat itu tidak sepatutnya bersikap kurang ajar kepada pelajar berkenaan.

“Ini menggambarkan bagaimana sifat konservatif dan autoritarian etika berpakaian UM adalah tidak konsisten sepenuhnya dengan kualiti yang diharapkan daripada institusi utama Malaysia,” ujar UMANY.

UMANY juga berkongsi bahawa UM mengeluarkan kod berpakaian baharu pada April 2024 yang memberi kuasa kepada kakitangan dan anggota keselamatan untuk mengeluarkan amaran lisan atau bertulis kepada pelajar yang dipercayai melanggar peraturan.

Sebelum ini, kes hampir sama dilaporkan berlaku di perpustakaan fakulti undang-undang apabila pelajar terbabit memakai baju bersama seluar biasa dan dipaksa untuk menanggalkannya.

Tindakan ini menunjukkan perbuatan yang melampaui batas akibat didorong oleh dasar kod pakaian.

Selain itu, UMANY juga menuntut agar kod berpakaian dihapuskan. Ia bukanlah untuk menggalakkan pemakaian yang tidak sesuai tetapi untuk mempercayai bahawa pelajar cukup matang dan berdikari bagi memastikan pakaian yang bersesuaian.

UMANY turut yakin setiap individu mempunyai hak untuk memilih selagi ia tidak membahayakan orang lain atau terlibat dalam tingkah laku seksual.

Mereka menganggap bahawa dasar kod berpakaian bertentangan dengan fungsi universiti sebagai tempat perlindungan kebebasan intelektual dan tempat menuntut ilmu.

Tambah UMANY lagi, universiti berprestij di luar negara seperti Harvard dan institusi swasta tempatan seperti Taylor’s University sebagai contoh tidak mengenakan sebarang kod pakaian dan pilihan itu tidak menghalang institusi daripada memupuk pelajar luar biasa.

“Sebagai sebuah institusi pemikiran yang terkemuka, UM tidak seharusnya menekan hak seseorang. Sebaliknya, pihak pentadbiran harus mendidik pelajar untuk menggalakkan sikap saling menghormati,” ujar UMANY.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.