fbpx
Now Reading
“Suara Dia Sedap” – Guru Vokal Ulas Nyanyian Ira Kazar Raih Perhatian Ramai [Video]

“Suara Dia Sedap” – Guru Vokal Ulas Nyanyian Ira Kazar Raih Perhatian Ramai [Video]

Menurut Adzrin Adzhar, Ira Kazar sudahpun menemui nada suaranya cuma masih ada teknik nyanyian yang harus diperbaiki olehnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan bekas isteri pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar membuat persembahan nyanyian.

Ira dilihat menyanyikan lagu arwah Siti Sarah berjudul Jangan Kau Mimpi semasa membuat persembahan penutup di majlis Hi Tea With Anthon’s Leather yang diadakan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok Astro Gempak itu kemudiannya mendapat perhatian ramai orang, di mana rata-rata memuji Ira mempunyai suara yang sedap.

Guru Vokal akui Ira Kazar boleh nyanyi

Terbaharu, penyanyi dan guru vokal, Adzrin Adzhar pula tampil memberi ulasannya terhadap nyanyian pempengaruh media sosial itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@adzrinadzhar), Adzrin berpendapat bahawa Ira sememangnya boleh menyanyi.

“Sebagai seorang penyanyi, antara benda yang paling kita nak cari adalah ‘tone’, kalau A nyanyi bunyi suara A, kalau B nyanyi bunyi suara B.

“Memang semua orang unik, Allah SWT jadikan setiap orang itu berbeza-beza dan setiap orang mempunyai suara yang tersendiri macam cap jari juga,” katanya

Ira Kazar dah jumpa ‘tone’ suara, cuma…

Menurutnya, Ira Kazar sudahpun menemui nada suaranya cuma masih ada teknik nyanyian yang harus diperbaiki olehnya.

Jelas Adzrin, kesalahan atau kelemahan pada vokal wanita itu adalah ‘breathing support system’ semasa sedang menyanyi.

“Maknanya, sustain note Ira tak dapat nak bergerak lancar. Ini adalah kerana ‘breathing support system’ dan stamina tak cukup nak menampung,” katanya lagi.

Susulan itu, Adzrin menunjukkan bukti bagaimana jika seseorang itu mempunyai sistem sokongan pernafasan dan stamina yang baik dengan dia menyanyikan kembali lagu itu.

Ramai setuju dengan pandangan Adzrin dan akui suara Ira sedap

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan mendapat dan ulasan yang diberikan oleh Adzrin.

Bahkan, kebanyakan mereka juga mengakui Ira Kazar sememangnya boleh menyanyi dan memiliki suara yang sedap.

Malah, ada juga yang membandingkan nyanyian Ira dengan pelakon wanita, Fazura yang turut tular baru-baru ini.

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Kritik Nyanyian Fazura Dalam Program Temubual Di Indonesia [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Kacau” – Guru Vokal Tegur Emcee Semasa Jadi Juri Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.