Aplikasi Jodoh Darul Iman Sedang Dibangunkan, Mudahkan Orang Bujang Terengganu Cari Pasangan!
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menerusi satu hantaran di Facebook menjelaskan Jodoh Darul Iman merupakan aplikasi khusus buat rakyat Terengganu yang mahu mencari jodoh secara percuma.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kemajuan dan kecanggihan teknologi pada masa kini harus diakui sememangnya memudahkan kehidupan seharian.
Bukan itu sahaja, dengan kemajuan dan kecanggihan sedemikian, orang bujang yang mahu mencari pasangan untuk mendirikan rumah tangga pun boleh cari jodoh hanya di hujung jari!
Apatah lagi, pada ketika ini dapat dilihat pelbagai aplikasi cari jodoh yang sedia ada dan akan dibangunkan bagi memudahkan individu untuk mencari suami atau isteri.
Jodoh Darul Iman, Platform Orang Bujang Terengganu Untuk Cari Jodoh
Istimewa buat golongan bujang dari Terengganu yang mahu mencari pasangan, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sedang membangunkan aplikasi Jodoh Darul Iman.
YPKT menerusi satu hantaran di Facebook menjelaskan Jodoh Darul Iman merupakan aplikasi khusus buat rakyat Terengganu yang mahu mencari jodoh secara percuma.
Pun begitu, platform berkenaan masih belum dapat digunakan lagi namun pembangunan aplikasi cari jodoh itu kini telah mencapai tahap 98%.
“Satu taklimat mengenai pelaksanaan Program Aplikasi Jodoh Darul Iman telah diadakan di Bilik Mesyuarat 2, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
“Taklimat ini bertujuan untuk melihat perkembangan terkini aplikasi tersebut yang kini telah mencapai tahap 97-98% siap.
“Aplikasi Jodoh Darul Iman dibangunkan oleh Top IT Industries Sdn. Bhd. dan direka khusus untuk memudahkan rakyat Terengganu dalam mencari jodoh secara percuma.
“Dalam taklimat tersebut, pelbagai penambahbaikan telah dibincangkan bagi memastikan aplikasi ini berfungsi dengan lebih baik dan memenuhi keperluan pengguna,” tulisya.
Bantu Masyarakat Terengganu Cari Calon Jodoh & Bina Hubungan Yang Baik
Selain daripada membantu pencarian pasangan, pembangunan aplikasi itu diharapkan dapat membantu masyarakat Terengganu dalam membina hubungan yang lebih baik serta mengukuhkan institusi keluarga di negeri tersebut.
Kuala Terengganu – 3 November 2024, satu taklimat mengenai pelaksanaan Program Aplikasi Jodoh Darul Iman telah diadakan…
Posted by Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu on Sunday 3 November 2024
Hasil semakan kami menerusi laman web rasmi YPKT, terdapat syarat penyertaan yang perlu dipatuhi oleh individu sebelum mendaftarkan diri menerusi medium tersebut.
Antara syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Rakyat negeri Terengganu lelaki mahupun perempuan yang berumur 21 tahun dan ke atas.
- Rakyat negeri Terengganu yang belum berkahwin atau ibu / bapa tunggal yang berhasrat mencari jodoh
- Bagi yang belum berkahwin, perkahwinan adalah untuk kali pertama sahaja dan bukan untuk tujuan berpoligami
- Ibu Tunggal atau Bapa Tunggal dalam kalangan rakyat negeri Terengganu.
Untuk info, Terengganu menerusi YPKT sebelum ini juga pernah melancarkan platform cari jodoh buat masyarakat negeri itu yang dikenali sebagai Baitul Urus pada tahun 2021.
Ia merupakan inisiatif kerajaan bagi mengatasi fenomena kahwin lewat dalam kalangan anak muda yang menjadi suatu kebimbangan.
Baca Artikel Berkaitan: Proses Pencarian Didakwa Lebih Mudah, Anak Muda Kini Jadikan TikTok Sebagai Platform Cari Jodoh
Baca Artikel Berkaitan: Iklan Cari Jodoh Berhasil! Pemuda Ini Sudah Bertemu Calon Isteri