fbpx

“Benda Boleh Buat Dekat Rumah” – Netizen Persoal Orang Ramai Sanggup Beratur Demi Maggi Tepi Jalan [Video]

Menerusi video yang sama, terdapat banner yang mengandungi harga mee segera yang dijual oleh peniaga berkenaan bermula RM8 hingga RM15 bergantung kepada hidangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi kebanyakan orang, mee segera atau maggi menjadi makanan penyelamat terutama buat mereka yang mahu makan dengan cepat serta mahu berjimat.

Ini kerana harganya yang agak murah serta tempoh masa penyediaan yang tidak terlalu lama menyebabkan maggi sering menjadi pilihan.

Maggi mungkin nampak biasa bagi sesetengah orang. Namun, ada individu khususnya peniaga yang kreatif dan bijak mengolah menu tersebut menjadi hidangan premium hingga menjadi rebutan ramai.

Malah, ada yang sanggup beratur lama semata-mata mahu menikmati hidangan tersebut walaupun harga yang dijual disifatkan tidak masuk akal oleh sesetengah pihak.

Ramai Beratur Mahu Beli Maggi Tepi Jalan

Terbaharu, tular di media sosial video orang ramai beratur panjang semata-mata mahu membeli mee segera yang dijual oleh seorang peniaga kecil.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @maggimalam, pengguna berkenaan yang juga peniaga maggi tersebut berkongsikan suasana di gerainya yang terletak di Stesen Minyak Caltex Setiawangsa.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat orang ramai menunggu dan beratur panjang bagi menikmati hidangan tersebut.

“Setiap malam asyik kena serbu. Thank you support tak henti dari korang,” tulis pengguna berkenaan.

Maggi Dijual Sekitar Harga RM8 Hingga RM15

Menerusi video yang sama, terdapat banner yang mengandungi harga maggi yang dijual oleh peniaga berkenaan bermula RM8 hingga RM15 bergantung kepada hidangan.

Contohnya seperti menu maggi ayam crispy yang dijual dengan harga RM10 manakala maggi beef bacon pula berharga RM15.

Malah lebih menarik, hidangan tersebut turut didatangkan dengan telur serta sambal istimewa daripada peniaga berkenaan.

Difahamkan, gerai maggi tersebut dibuka setiap hari bermula jam enam petang sehinggalah hidangan habis.

@maggimalam

Setiap malam asyik kena serbu TQ support tak henti dari korang 🙏🏼 Jom makan maggi malam , kami buka setiap hari di 📍Caltex Setiawangsa #maggimalam

♬ Die With A Smile – Lady Gaga & Bruno Mars

Ramai Persoal Orang Ramai Sanggup Beratur Panjang Demi Maggi

Video yang telah mendapat lebih 550,000 tontonan serta dikongsikan di platform X nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoal tindakan orang ramai yang sanggup beratur panjang demi mee segera tersebut.

Ini kerana bagi mereka, individu boleh sahaja membuatnya sendiri disebabkan masa penyediaannya tidaklah terlalu lama.

Malah, ada yang menyifatkan harga sedemikian terlalu mahal bagi hidangan mee segera.

Pun begitu, ada yang melihat keadaan tersebut dari sudut positif. Mereka berpendapat keadaan sedemikian sebenarnya dapat membantu peniaga kecil untuk menjana pendapatan.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Serius La Ramai Beratur Demi Maggie Kembang”

“Susah Aku Nak Faham Kenapa Orang Suka Beratur Untuk Benda Viral Tapi Takpelah Rezeki Peniaga”

“Daripada Tunggu Beratur, Kalau Buat Sendiri Dekat Rumah Dah Siap Dah”

“Maaflah, Korang Tak Boleh Pertikai Yang Beratur Panjang Malas Buat Maggie, Tapi Diorang Inilah Yang Support Peniaga Kecil Kita”

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Terkejut Maggi Goreng Dipesan Di Singapura Berwarna Merah, Tak Sama Macam Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Tiap Hari Makan Mi Segera” – Lelaki Nekad Ceraikan Isteri Yang Hanya Pandai Masak Maggi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.