“Betul-betul Pakai Ni”- Kereta Guna Tayar Sehingga Botak Teruk Raih Perhatian [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan jelas tayar kereta Honda Civic sudah terdapat benang yang menunjukkan ia terlalu nipis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kenderaan yang ada di dunia ini termasuklah pengangkutan awam perlu diselenggara agar ia dapat digunakan dengan baik.
Penyelenggaraan kenderaan merupakan perkara penting untuk dilakukan bagi mengelakkan masalah yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain seperti kemalangan dan sebagainya.
Kenderaan pakai tayar botak teruk
Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan seorang mekanik yang dipercayai sedang menyelenggara tayar sebuah kenderaan di bengkel Dr Tayar, Muar, Johor.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Shaz Aziz, awalnya kelihatan dia sedang memeriksa tayar sebuah kenderaan yang datang ke bengkel berkenaan.
Namun apa yang mencuri tumpuan, kelihatan tayar kenderaan tersebut di bahagian kiri botak dengan teruk.
Malah jelas tayar tersebut langsung tidak mempunyai corak pada bahagian tengah dan tepinya seperti yang sering dilihat pada kenderaan lain.
Turut kelihatan benang mula timbul menandakan ia terlalu nipis
Apa yang turun menjadi perhatian, tayar tersebut dilihat botak secara sekata di semua bahagian. Dalam masa sama, kelihatan bebenang pada tayar mula keluar menunjukkan tayar sudah terlalu nipis untuk digunakan.
Manakala tayar pada bahagian kanan juga dilihat sudah botak dan perlu di tukar untuk tujuan keselamatan.
Shaz turut memaklumkan kepada BuzzKini kenderaan tersebut adalah sebuah kereta jenis Honda Civic.
“Ini dia pakai tayar mahal ni, tayar trek dia pakai ni. Baru balik trek day lah aku rasa.
“Eh alamak, alamak ada benang. Alamak ini baru betul-betul pakai (tayar),” ujar Shaz dalam video tersebut.
Ramai yang hairan bagaimana kenderaan itu digunakan
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan keadaan tayar kereta tersebut itu. Malah ada yang turut berasa hairan bagaimana tayar tersebut boleh botak secara sekata di seluruh bahagian.
Tidak kurang juga ada yang hairan bagaimana pemandu kereta berkenaan membawa kenderaan khususnya ketika waktu hujan.
Ini kerana ketika hujan keadaan jalan menjadi licin maka tayar akan memainkan peranan untuk mencengkam dengan baik sewaktu ia dipandu.
Sekiranya keadaan tayar botak, ia akan menyukarkan pengendalian pemanduan dan boleh menyebabkan kemalangan.
Ada juga yang bergurau tayar tersebut mungkin tayar digunakan oleh pelumba Formula 1.