Gara-gara Pukul Pemandu E-Hailing, Polis Di Indonesia Diturunkan Pangkat
Menerusi video tersebut, kelihatan penumpang yang juga anggota polis bertindak memukul pemandu sebelum keluar dari kenderaannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, tular satu video di Indonesia memaparkan seorang penumpang lelaki telah bertindak memukul pemandu e-hailing.
Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kedengaran penumpang lelaki yang menaiki kenderaan tersebut bersama seorang wanita seperti sedang memarahi pemandu sebelum kenderaan berhenti.
Sebaik sahaja pemandu memintanya untuk turun dari kenderaan tersebut penumpang lelaki itu secara tiba-tiba menumbuknya. Perkara itu membuatkan pemandu terkejut dan memaklumkan tindakan lelaki terbabit dirakam kamera dashcam.
Malah dia mengatakan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan.
👊🔥 Kasubdit Gakkum Ditlantas Polda Maluku Dicopot setelah Aksi Tonjokan ke Driver Taksi Online Viral! pic.twitter.com/sCwOVgCDxO
— XVG | EXTRAVAGANZA MEDIA (@xvg_id) November 7, 2024
Tumbuk pemandu e-hailing, polis di Indonesia kena turun pangkat
Terbaharu, polis di Indonesia memaklumkan penumpang yang tular itu merupakan seorang Komisioner Polis bahagian Polis Maluku dan telah diturunkan pangkat ekoran insiden yang berlaku.
Dia yang memegang jawatan sebagai Ketua Sub-Direktorat Komisioner Polis Trafik Gakkum dan dikenali sebagai Bambang Surya Wiharga telah sah ditukar jabatan.
“Surat penurunan pangkat telah dikeluarkan,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Maluku, Komisioner Besar Areis Aminulla, lapor Kosmo dipetik laman berita Kumparan.
Jelas Areis lagi, anggota polis berkenaan telah dipindahkan ke jabatan Yanma Polis Maluku dan ia adalah jabatan berkaitan urusan pentadbiran polis tempatan.
Dakwa awalnya dah berdamai kerana takut penumpang adalah polis sebelum buat semula laporan polis
Terdahulu pemandu yang dikenali sebagai Rizky Fitrianda telah hadir ke Balai Polis Jakarta pada 1 November untuk membuat laporan, lapor Tribun News.
Namun Rizky mendakwa terpaksa berdamai dengan Bambang kerana takut serta tidak mengetahui suspek merupakan pegawai polis.
“Saya sendiri sahaja di sana dan tidak mempunyai pilihan lain, takut juga. Selain belum pernah mengalami kes seperti ini,” jelasnya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @TengkuZanzabella.
Ekoran dari itu, peguam yang mewakili Rizky iaitu Mila telah membenarkan anak guamnya untuk membuat laporan polis di Balai Polis Jakarta Selatan.
Dalam laporan terbabit, Rizky mengaku telah dipukul oleh anggota polis berkenaan. Hasil siasatan yang dilakukan anggota itu juga merupakan anak seorang polis berpangkat Komisari Besar Polisi (Kombes). Ia merupakan pegawai polis berpangkat tinggi di Indonesia.