Ibu Meninggal Dunia Beberapa Bulan Selepas Bapa Pergi, Calon SPM Tinggal Di Rumah Sendirian
Difahamkan, Aidil merupakan anak ketiga daripada empat beradik, bapa mereka meninggal dunia sekitar bulan Februari lalu, manakala ibu pula dijemput Illahi pada baru-baru ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kehilangan ibu bapa atau insan tersayang buat selama-lamanya merupakan antara perkara yang paling ditakuti ramai orang.
Namun, tiada satupun manusia yang dapat melarikan diri daripada menghadapi saat itu, cepat atau lambat, janji Allah SWT itu sudah pasti.
Lebih menyedihkan, apabila ada anak-anak yang masih bersekolah dan memerlukan ibu bapa terpaksa menghadapi ujian sebegini.
Remaja terpaksa tinggal di rumah seorang diri selepas kematian ibu bapa
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial kisah mengenai seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang terpaksa tinggal di rumah sendirian selepas kematian ibu dan bapanya.
Kisah mengenai remaja bernama Aidil itu dikongsikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menerusi akaun media sosial miliknya.
Hilang ayah, selang beberapa bulan ibu pula meninggal dunia
Menurut Marina, Aidil merupakan anak ketiga daripada empat beradik, bapa mereka meninggal dunia sekitar bulan Februari lalu, manakala ibu pula dijemput Illahi pada baru-baru ini.
“Bulan 2 (Februari) kehilangan ayah akibat kanser, baru-baru ini kehilangan mak pula.
“Kakak sulung berusia 19 tahun masih belakar di Kolej Vokasional, kakak kedua pula berumur 18 tahun dan kini berada di Matrikulasi. Adik bongsu pula berusia lima tahun,” kata Marina.
Kerana bersekolah, Aidil terpaksa tinggal di rumah seorang diri
Menurutnya lagi, adik kepada Aidil kini berada di bawah jagaan neneknya, sementara remaja itu pula terpaksa menetap di rumah sendirian kerana masih bersekolah dan akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
“Disebabkan dia bersekolah, maka duduk sendiri di rumah yang dipenuhi gambar kenangan ibu bapa di dinding,” katanya lagi.
Apa yang lebih menyedihkan, Marina turut menyatakan bahawa remaja terbabit juga menghidap penyakit kencing manis.
Bayar jiran untuk sediakan makanan pada Aidil setiap petang
Difahamkan, Marina telah mengupah jiran kepada Aidil untuk memasak dan menyediakan makanan kepada remaja terbabit pada setiap petang untuk memastikan dia mendapat makanan yang sihat.
Ujar beliau lagi, Jabatan Kemajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal juga akan menghulurkan bantuan terhadap Aidil.
Di akhir perkongsian, Marina turut menyentuh tentang sikap keprihatinan rakyat Malaysia yang berbilang kaum terhadap Aidil.
Sebabnya , taknak adik Aidil makan makanan yang tak sihat. Dia ok je.. berkali minta maaf, dia rasa menyusahkan orang.
— Marina Ibrahim (@Marina_Ibrahims) November 6, 2024
Apa pun terima kasih yang nak derma.. boleh DM. Aku bagi no telefon adik Aidil nanti.