fbpx
Now Reading
Remaja Degil & Suka Melawan Terus Insaf Lepas Ibu Hantar Ke Balai Polis [Video]

Remaja Degil & Suka Melawan Terus Insaf Lepas Ibu Hantar Ke Balai Polis [Video]

Dalam video terbabit, kelihatan remaja di Indonesia itu menangis-nangis merayu kepada ibunya agar tidak menyerahkan dia kepada pihak polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dikurniakan cahaya mata sememangnya anugerah yang paling terindah diberikan oleh Allah SWT buat pasangan suami isteri.

Namun, menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa bukanlah sesuatu tugas yang mudah apabila ada sahaja karenah atau sikap anak-anak yang harus dihadapi semasa mendidik mereka.

Sekiranya memiliki anak-anak yang nakal, degil atau suka melawan cakap, sudah pasti kesabaran ibu bapa akan diuji.

Tular ibu serah anak keras kepala dan suka melawan ke balai polis

Seperti baru-baru ini, seorang ibu di Indonesia yang hilang sabar dengan sikap anak lelakinya telah bertindak menyerahkan remaja itu ke sebuah balai polis.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @Rizieq_Sangean, remaja itu didakwa bersikap keras kepala dan suka melawan ibunya.

“Seorang ibu sudah ‘angkat tangan’ (menyerah) dengan sikap anaknya yang keras kepala dan suka melawan, akhirnya diserahkan kepada polis untuk dididik.

“Bagi ibu bapa lain jika mengalami masalah mendidik anak, boleh dihantar ke balai polis terdekat,” tulis di kapsyen.

Remaja degil dengan ibu terus insaf lepas diserah ke pihak polis

Dalam video terbabit, kelihatan remaja itu menangis-nangis merayu kepada ibunya agar tidak menyerahkan dia kepada pihak polis.

Remaja itu semasa disoal oleh anggota polis juga dilihat seakan-akan sudah menyesali akan perbuatannya itu.

Malah, remaja itu juga dilihat sudah berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu selain akan mencium tangan ibunya sebagai tanda meminta maaf.

Netizen beri pelbagai reaksi, idea bernas serah anak ke pihak polis untuk didikan

Video berdurasi 1.09 minit itu kemudiannya mendapat perhatian orang ramai sekali gus mengundang pelbagai reaksi pengguna X.

Ada yang menyifatkan cara tersebut adalah lebih murah dan efektif tanpa perlu menghantar anak ke pakar kaunseling berbayar untuk dibimbing.

Selain itu, ada juga yang memuji pihak polis kerana berusaha membantu si ibu dalam mendidik anaknya meskipun itu bukanlah tanggungjawab hakiki mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.