Rider Motor Selamba Langgar Lampu Merah Hingga Rempuh Pelajar Sekolah Bikin Ramai Berang [Video]
Dalam kejadian berkenaan, kanak-kanak lelaki itu dilihat sedang melintas di lintasan zebra sebaik sahaja lampu isyarat bertukar menjadi warna merah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Entah mengapa, walaupun seringkali dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, masih ada lagi segelintir pengguna yang mengabaikan peraturan yang ditetapkan.
Ini kerana ada yang dilihat masih bersikap degil dan selamba melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Malah, lebih teruk jika tindakan pentingkan diri mereka menjadi punca kemalangan jalan raya hingga menyusahkan orang lain.
Tidak Berhenti Ketika Lampu Isyarat Bertukar Merah Di Lintasan Zebra
Gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab seorang penunggang motosikal, seorang pelajar sekolah dirempuh ketika sedang melintas di lintasan zebra (zebra crossing).
Menerusi rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di akaun Instagram @mynewshub, kanak-kanak lelaki itu dilihat sedang melintas di lintasan zebra sebaik sahaja lampu isyarat bertukar menjadi warna merah.
Pada ketika itu dapat dilihat mangsa berjalan sebaik sahaja beberapa kenderaan telahpun berhenti.
Namun, nasibnya tidak baik apabila seorang penunggang motosikal yang datang dari arah sama dengan pemilik dashcam berkenaan bertindak melanggar lampu merah sebelum merempuh kanak-kanak malang itu.
Akibat rempuhan tersebut, dapat dilihat pelajar berkenaan tercampak dan penunggang motor turut terbabas.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Bukit Jambul, Pulau Pinang pada Selasa (5 November) lalu kira-kira jam 1 tengahari.
“Pelajar sekolah dirempuh penunggang motorsikal dalam kejadian di Bukit Jambul, Pulau Pinang, pukul 1 tengah hari kelmarin (masa di dashcam abaikan, tidak tepat).
“Penunggang berkenaan dilihat gagal berhenti ketika lampu isyarat sudah pun berubah warna menjadi merah. Nasib pelajar berkenaan tidak dapat dipastikan,” tulis pentadbir di hantaran tersebut.
Ramai Geram Dengan Sikap Penunggang Motosikal, Ada Yang Mahu Tahu Status Kanak-Kanak Tersebut
Video tersebut nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Rata-rata meluahkan rasa geram melihat sikap tidak bertanggungjawab rider berkenaan yang dilihat sengaja melanggar lampu merah hingga menyebabkan kemalangan.
Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa risau dan mahu mengetahui status kanak-kanak berkenaan.
Walau bagaimanapun, seorang pengguna Instagram menerusi ruangan komen dipercayai bapa kepada mangsa mendedahkan anak lelakinya itu hanya mengalami cedera ringan.
Namun, mangsa masih berada dalam keadaan trauma akibat daripada insiden berkenaan.
Info Mengenai Penggunaan Lintasan Zebra
Untuk info, setiap warna pada lintasan zebra (zebra crossing) mempunyai maksud yang perlu diketahui oleh setiap pengguna jalan raya.
Bagi lintasan zebra yang berwarna putih, jika anda merupakan pemandu kenderaan, anda wajib berhenti jika terdapat pejalan kaki yang sedang melintas.
Bagi zebra crossing yang berwarna kuning, anda perlu melihat siapakah yang paling dekat dengan garisan kuning tersebut.
Jika pejalan kaki yang sampai terlebih dahulu, pemandu kenderaan wajib berhenti dan menunggu. Begitu jugalah sebaliknya.
Individu yang mengabaikan peraturan ini dan melakukan kesalahan boleh dikenakan saman mengikut Seksyen 78 Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.
Perbezaan warna lintasan pejalan kaki Lintasan pejalan kaki berwarna putih bermaksud sebagai pemandu atau penunggang…
Posted by Polis Daerah Keningau on Monday 15 August 2022
Berikut antara komen pengguna Instagram:
“Langgar Budak Sekolah Ketika Lampu Merah Di Zebra Crossing, Menjawablah Nanti”
“Masak Kau Bang, Budak Sekolah Kau Langgar”
“Benaknya Motor Tu, Terang-Terang Lampu Merah, Kawasan Sekolah”
“Lampu Merah Kau Tak Berhenti, Cari Nahas La”
“Ya Allah Kesiannya Budak Tu”
Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Tiada Lesen, Penunggang Motosikal Sanggup Rempuh Anggota Polis
Baca Artikel Berkaitan: Tular Penunggang Motosikal Guna Laluan Kereta Rempuh Pengawal Keselamatan Tol [Video]