“Sedap Ke?” – Lelaki Masak Gulai Ikan Campur 100 Plus Curi Perhatian Ramai [Video]
Jelas, resipi gulai ikan oleh lelaki berkenaan adalah lain daripada lain, kerana kebanyakan gulai ikan dimasak bersama campuran santan untuk menambahkan lagi rasa lemaknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup dikenali dengan kepelbagaian makanan yang lazat sehingga berjaya menambat hati ramai pelancong luar negara.
Antara makanan yang terkenal di negara ini adalah gulai dan kari yang begitu sinonim bagi masyarakat kaum Melayu dan India.
Kedua-dua jenis makanan berasaskan rempah-ratus tidak mempunyai berbezaan yang jauh, bahkan sebahagian bahan-bahan yang digunakan dalam masakan juga adalah sama.
Tular lelaki campur air isotonik dalam gulai ikan
Pun begitu, lain pula dengan seorang lelaki ini apabila tular di media sosial aksinya mencampurkan minuman isotonik ke dalam gulai ikan yang dimasaknya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mahizanyahya, kelihatan lelaki yang juga dipercayai pemancing itu memasak gulai ikan di atas sebuah bot.
Pada awalnya, dia dilihat menumis bawang besar dan cili di dalam periuk sebelum ia dicampurkan bersama beberapa paket rempah kari.
Tuang minuman 100 Plus dalam gulai ikan
Pun begitu, tidak lama selepas itu lelaki terbabit membuka satu botol besar minuman 100 Plus dan menuangkan airnya ke dalam periuk yang berisi gulai tadi.
Jelas, resipi gulai ikan oleh lelaki berkenaan adalah lain daripada lain, kerana kebanyakan gulai dimasak bersama campuran santan untuk menambahkan lagi rasa lemaknya.
Semasa artikel ini ditulis, video berdurasi 2.50 minit itu telah meriah lebih 400,000 tontonan dan sekitar 10,700 tanda suka di TikTok.
Ramai pelik dan persoal rasa kari ikan berkenaan, siap ada yang nak cuba
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut dan pelik dengan resipi berkenaan.
Bahkan, ramai yang tertanya-tanya tentang rasa gulai ikan tersebut yang dicampur dengan minuman isotonik berkabonat,100 Plus.
Tidak kurang juga yang ingin mencuba resipi itu sendiri untuk mengetahui tentang rasanya sama ada sedap atau sebaliknya.