“Tak Semua Boleh Jadi Penyanyi” – Ramai Minta Komen Nyanyian Fazura, Ini Penjelasan Guru Vokal [Video]
Menurut Adzrin, seseorang yang ingin menjadi penyanyi perlu mempunyai ilmu asas dalam nyanyian.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, tular satu video memaparkan pelakon yang juga usahawan, Nur Fazura sedang menyanyikan lagu duet Bertahan Demi Cinta secara solo dalam satu program temubual di Indonesia.
Aktres wanita itu difahamkan hadir ke program temubual tersebut untuk mempromosikan lagu berkenaan yang asalnya dinyanyikan bersama bekas suami, Fattah Amin.
Nyanyian aktres itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang turut mengkritiknya dan berpendapat dia tidak mempunyai kemahiran untuk menyanyi.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kritik Nyanyian Fazura Dalam Program Temubual Di Indonesia [Video]
Ramai minta guru vokal komen nyanyian Fazura
Baru-baru ini guru vokal yang juga penyanyi, Adzrin Adzhar turut diminta oleh orang ramai untuk memberikan komen terhadap nyanyian aktres berkenaan.
Susulan itu, Adzrin hanya memberikan komen berdasarkan pendapatnya sebagai seorang guru vokal.
“Eh banyak sangat ni suruh komen, kalau tanya pendapat saya ya. Semua orang boleh menyanyi, tapi bukan semua orang boleh jadi penyanyi.
“Walaupun semua orang boleh menyanyi, kita ada beberapa perkara asas yang kita kena kuasai dahulu. Sama juga semua orang boleh memasak, tetapi bukan semua orang boleh memasak dengan sedap,” katanya dalam satu video di TikTok.
Penyanyi perlu ada ilmu asas dalam menyanyi
Jelasnya, untuk seseorang yang ingin menjadi penyanyi perlu mempunyai ilmu asas untuk menyanyi.
“Walaupun saya selalu kata breathing (pernafasan) itu penting tapi jika kita tiada persediaan yang cukup untuk breathing, sekurang-kurangnya kita kena ada persediaan untuk menyanyi dalam tune (tona).
“Pernah dengar tak selalu Datuk Shafinaz cakap intonasi, intonasi. Intonasi ini bermaksud accuracy (ketepatan) perpindahan pitch,” ujarnya lagi sambil memberikan contoh dalam bentuk nyanyian.
Perlu pastikan talent atau penyanyi dah sedia nak nyanyi live
Jelasnya kalau nyanyian itu berada dalam tona yang baik maka jika pernafasan tidak menyokong kepada nyanyian tersebut juga tidak mengapa kerana boleh mempelajarinya.
Selain itu, Adzrin turut memberikan contoh bagaimana cara nyanyian yang tidak mempunyai pernafasan yang cukup.
“Tapi kalau cukup nafas sekalipun intonasi tak betul pun bahaya juga. Jadi untuk kes ini, mungkin seluruh kumpulan perlu pastikan adakah talent sudah bersedia untuk menyanyi secara live.
“Persedian paling asas ialah pitch, intonasi, menyanyi dalam tune.”
Melihat di ruangan komen ada yang merasakan Fazura sepatutnya hanya menyanyikan lagu itu secara miming sewaktu program berkenaan.
Ada juga yang memuji guru vokal tersebut kerana dia langsung tidak memberikan komen buruk sebaliknya berkongsi ilmu.