fbpx
Now Reading
“Bahayanya” – Rider Bawa Anak Berhenti Di Kawasan Blind Spot Pemandu Lori Buat Ramai ‘Seriau’ [Video]

“Bahayanya” – Rider Bawa Anak Berhenti Di Kawasan Blind Spot Pemandu Lori Buat Ramai ‘Seriau’ [Video]

Berdasarkan pemandangan dari tempat duduk pemandu lori itu, jelas tidak kelihatan sama sekali penunggang motosikal bersama anak kecilnya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, setiap kenderaan mempunyai titik buta atau ‘blind spot’ yang tidak boleh dilihat oleh pemandu melalui cermin sisi dan belakang.

Semakin besar saiz kenderaan itu, semakin banyak jugalah kawasan titik buta yang tidak boleh dilihat oleh pemandu semasa memandu.

Apa yang lebih membahayakan, blind spot ini juga boleh menjadi punca kemalangan jalan raya yang tidak diingini.

Tular rider berhenti di kawasan blind spot pemandu lori

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal berhenti di kawasan blind spot pemandu lori.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @update11111, kejadian itu dirakam sendiri oleh pemandu lori berkenaan sebaik menyedarinya.

Kelihatan penunggang motosikal terbabit yang turut membawa anak kecilnya bersama berhenti rapat di penjuru kiri lori berkenaan semasa menunggu lampu isyarat hijau.

Pemandangan dari tempat duduk pemandu lori langsung tak nampak rider terbabit

Berdasarkan pemandangan dari tempat duduk pemandu lori itu, jelas tidak kelihatan sama sekali penunggang motosikal bersama anak kecilnya itu.

“Hati-hati blind spot, jangan duduk rapat di sebelah kiri lori dan jangan duduk sebelah tayar lori, kedua-dunya risiko besar,” tulis di kapsyen.

Jika pemandu lori berkenaan bergerak terlebih dahulu sebelum penunggang motosikal terbabit, sudah pasti kemalangan boleh berlaku.

Video berdurasi 0.34 saat itu meraih perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial berasa ‘seriau’ melihat kedudukan penunggang motosikal terbabit yang terlalu dekat dengan lori berkenaan.

Ramai kecam tindakan rider berhenti di kawasan blind spot, harap dia lihat video ini

Kebanyakan orang juga turut mengecam tindakan penunggang terbabit yang bukan hanya membahayakan diri sendiri malah anak yang dibawa juga.

Mereka turut berharap agar penunggang motosikal terbabit melihat video ini agar menyedari bahawa kawasan itu adalah tempat titik buta pemandu lori.

Sama-sama kita ambil video ini sebagai pengajaran, kalau nak berhenti pastikan jauh dari lori dan kawasan blind spot.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.