fbpx
Now Reading
Pulang Selepas 7 Tahun Bekerja Di Aussie, Suami Isteri Peluk Erat Anak Sulung Buat Ramai Sebak [Video]

Pulang Selepas 7 Tahun Bekerja Di Aussie, Suami Isteri Peluk Erat Anak Sulung Buat Ramai Sebak [Video]

Difahamkan, wanita dan suaminya pergi ke Australia ketika anak sulung mereka berusia empat tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perpisahan tidak kiralah sekejap ataupun lama sememangnya menyakitkan apatah lagi jika ia melibatkan orang tersayang.

Namun bagi segelintir individu, ada yang terpaksa mengambil jalan sedemikian demi mendapatkan kehidupan lebih baik hingga terpaksa meninggalkan keluarga untuk bekerja di luar negara.

Walaupun terpisah beberapa ribu kilometer, ingatan terhadap orang tersayang tidak pernah pudar apatah lagi darah daging sendiri.

Sudah pastinya detik pertemuan semula menjadi lebih menyentuh hati lebih lagi jika sudah lama tidak berjumpa.

Terpisah Selama 7 Tahun, Suami Isteri Buat Kejutan Kepada Ahli Keluarga

Terbaharu, tular di media sosial video sepasang suami isteri yang membuat kejutan kepada ahli keluarga khususnya anak kandung mereka setelah terpisah selama tujuh tahun.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @anisumaira90, wanita itu dan suaminya serta seorang lagi anak mereka pulang ke kampung halaman sempena majlis perkahwinan adik perempuan mereka.

Difahamkan, dia dan suaminya sudah lama tidak pulang ke Malaysia setelah tujuh tahun menetap di Australia kerana kerja.

“Surprise (kejutan) family dan anak selepas 7 tahun bekerja di Australia. Surprise di hari perkahwinan adik. Semua family tak tahu,” tulisnya di kapsyen.

@anisumaira90

PART 1 Suprise family dan anak selepas 7 tahun bekerja di 🇦🇺 suprise dihari perkahwinan adik 😭😭 semua family tak tahu #fyp #fypage #fypシ

♬ Penantian – bigboss

Menangis Ketika Peluk & Cium Ibu Tersayang

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat orang pertama yang ditemui oleh Anis dan suami adalah ibu mereka.

Kelihatan kedua-duanya memeluk erat warga emas itu dan masing-masing menangis antara satu sama lain.

Kemudian, dapat dilihat beberapa orang wanita yang dipercayai merupakan ahli keluarga turut sama gembira dan tidak dapat menahan sebak melihat kehadiran Anis dan suaminya.

Sedih Lihat Anak Sulung, Terus Peluk Erat

Namun, momen yang paling menyedihkan adalah apabila wanita berkenaan dan suaminya ternampak kelibat anak sulung mereka yang ditinggalkan ketika usia empat tahun.

Mereka lantas berlari dan mendapatkan kanak-kanak perempuan itu. Melalui video tersebut, dapat dilihat Anis dan suaminya memeluk erat serta mencium kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun itu.

@anisumaira90

Part 2 Iyee anak sulung kami tersangat kuat , anak yg tersangat hebat . Dia tak pernah merungut 🥹 setiap ujian manusia lain2 dan ini ujian kami . Semoga kalian sentiasa doakann yg baik2 dan semoga doa doa yg baik berbalik pada kamu semua ❤️ @HanifKadir #fyp #fypage #fypシ

♬ Penantian – bigboss

Malah, ketiga-tiga mereka juga menangis kerana tidak dapat menahan sebak.

“Ya Allah anak kami yang tinggi paras peha, sekarang dah sama tinggi dengan mama.

“Papa cakap, hati dia sedih sebab anak sulung dia dah besar sangat. Dulu masih boleh dukung lagi,” tulisnya di video.

Niat Pergi Ke Australia Hanya Sekejap

Jelas Anis menerusi ruangan komen, dia dan suaminya hanya berniat untuk Australia selama tiga bulan.

Namun, disebabkan dugaan yang menimpa, dia serta lelaki itu terpaksa menunggu sehingga tujuh tahun untuk kembali ke Malaysia.

Malah, mereka sememangnya mahu membawa anak sulung menetap bersama-sama. Walau bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian dek kerana beberapa halangan.

“Iye anak sulung kami stay (duduk) dengan family, niat kami ke sana Australia untuk tiga bulan sahaja tapi macam-macam jadi. Kami kena tipu, gaji tak dibayar, menumpang rumah orang. Banyak kalau untuk diceritakan.

“Banyak kami cuba yang terbaik untuk bawa anak kami ke sana tapi bukan mudah sebab bukan negara kita. Takpe yang penting anak kami dengan kami dah,” tulisnya lagi.

Pengguna Media Sosial Sebak, Sedih Lihat Anak Sulung

Perkongsian yang telah mendapat lebih 3.8 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata meluahkan rasa sebak melihat momen menyentuh hati di antara ibu bapa dan anak sulungnya itu.

Tidak kurang juga ada yang menasihati wanita berkenaan agar memberi layanan yang baik serta tidak meninggalkan lagi kanak-kanak kecil itu.

Namun, ada netizen yang mempersoalkan bagaimana wanita dan suami boleh meninggalkan kanak-kanak itu selama tujuh tahun.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Ya Allah Sebak Sampai Sini”

“Part Awal Ok Lagi, Part Peluk Anak Sulung Dia Laju Air Mata Aku Turun”

“Kuatnya Seorang Anak Perempuan, Menanggung Rindu”

“Macam Mana Kalau Tinggal Anak Sulung 7 Tahun Jauh Macam Ni, Tuhan Je Tahu Perasaan Anak Tu”

Baca Artikel Berkaitan: ‘Hardest Goodbye’- Ramai Sebak Lihat Ibu Terpaksa Tinggal Anak Kerana Kerja Di Luar Negara [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Bapa Sanggup Datang Ke Asrama Selepas Anak Telefon, Luah Rasa Rindu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.