fbpx
Now Reading
“Sah Ke Tak?” – Isu Niat Solat Wajib Tanpa Sebut ‘Fardu’ Jadi Topik Hangat Di Media Sosial

“Sah Ke Tak?” – Isu Niat Solat Wajib Tanpa Sebut ‘Fardu’ Jadi Topik Hangat Di Media Sosial

Perkara ini menjadi perdebatan kerana ada yang berpendapat bahawa solat wajib yang dilakukan adalah tidak sah jika tidak menyatakan ‘fardu’ di dalam niat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Solat fardu lima waktu iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak merupakan salah satu daripada lima rukan Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim.

Sekiranya ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja mahupun solat fardu itu tidak sah, maka umat Islam perlulah menggantikannya dengan cara qada solat.

Bercerita soal sah solat pula, sebelum ini timbul isu di mana jika seseorang itu tidak menyebut ‘fardu’ di dalam niat solat wajib, maka solat tersebut tidak sah. Perkara ini menjadi topik hangat di media sosial selepas dibangkitkan oleh seorang pengguna X.

Seorang penulis buku yang dikenali sebagai Yazid Hamka tampil memberikan pandangan berhubung perkara ini.

Tak perlu sebut ‘Fardu’, cukup berniat untuk lakukan solat yang wajib

Menurut Yazid, solat seseorang itu tetap sah meskipun tidak menyebut ‘fardu’ di dalam niatnya asalkan individu itu sudahpun berniat untuk melakukan solat yang wajib.

“Sekarang yang disebut dalam kitab fiqh tentang cara berniat, apa yang perlu ada? Pertama Al-Qasad iaitu tujuan, sebagai contoh ‘aku nak solat’. Yang kedua Tamyiz atau Ta’yin iaitu membezakan atau menentukan solat apa, sebagai contoh ‘Zuhur’. Dan yang ketika niat fardu, kalau solat itu fardu.

“Adakah kita kena susun kesemua ini dalam niat? Tak perlu, cukup kita sedar, kita tahu dan kita fikir ketika itu.

“Contoh ketika itu kita bangun berdiri untuk solat Zuhur. Ketika angkat takbir, kita tahu yang kita nak solat fardu Zuhur. Nah, niat itu dah sah dah pun, itu sahaja,” katanya.

Menurutnya lagi, menyebut di dalam niat tentang berapa rakaat dan solat ini kerana Allah hanyalah tambahan yang digalakkan, jika tidak menyebutnya sembahyang yang didirikan itu tetap sah.

Ada asatizah takut-takutkan masyarakat? Tak sebut fardu makan solat tidak sah?

Yazid memberikan pandangan itu kerana dakwanya ada asatizah (ustaz atau ustazah) yang menakut-nakutkan masyarakat kononnya selama ini solat mereka tidak sah jika tidak menyebut ‘fardu’ di dalam niat.

“Kita perlu jelas tentang niat, di mana tempatnya di hati bukan di bibir. Menyebut di bibir itu Cuma sebagai sokongan.

“Tetapi yang wajib adalah di dalam hati. Ingat, di dalam hati. Dan niat ini apa? Niat adalah lintasan fikiran di dalam benak hati kita,” katanya lagi.

Dr Rora pernah kongsi perkara sama

Pandangan yang sama turut diberikan oleh pendakwah bebas, Dr Rozaimi Ramle dalam satu majlis ceramahnya pada empat tahun yang lalu.

Jelas Dr Rora, jika seseorang itu sudah tahu solat apa yang ingin dilakukan dan berapa rakaat solat tersebut, maka itu sudah memadai.

Perlu sertakan niat ‘fardu’ dalam hati

Namun, pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI pula dalam satu majlis kuliah Maghrib di sebuah masjid pada dua tahun lalu pula berpendapat bahawa solat yang didirikan perlu menyertakan niat ‘fardu’ di dalam hati.

“Kalau ‘aku solat Maghrib’, jadi Maghrib itu ada dua, ada solat sunat (rawatib) Maghrib dan ada yang fardu Maghrib jadi yang mana? Haa itu masalahnya kenapa kebanyakan fuqaha kata tidak sah.

“Jadi kalau sebut ‘aku solat fardu Maghrib’, maka tidak kena pada solat yang lain,” katanya.

Kedua-dua pendapat tak salah, terdapat perselisihan faham dalam mazhab Syafie

Pun begitu, seorang YouTube yang dikenali sebagai Syihabudi Ahmad berkata kedua-dua pendapat adalah tidak salah kerana sememangnya terdapat perselisihan faham yang wujud di dalam mazhab Syafie tentang perkara ini.

Namun, menyatakan ‘fardu’ di dalam niat solat merupakan pendapat yang terpilih di dalam mazhab Syafie.

Menurut Syihabudi, perkara ini boleh dirujuk di dalam kitab al-Hawi al-Kabir oleh Imam al-Mawardi pada jilid ketiga, muka surat 403.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.