Ini 3 Perkara Yang Boleh Terjadi Jika Kerap Cas Telefon Dalam Kereta [Video]
Menurut lelaki itu, mengecas peranti di dalam kereta bukanlah dilarang sama sekali, namun sebaiknya cas telefon hanya bila perlu sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan kereta moden zaman sekarang telah dilengkapi dengan lubang pengecasan USB atau Type-C bagi membolehkan pemandu atau penumpang pengecas peranti mereka.
Bagi kenderaan yang tidak didatangkan dengan ciri-ciri itu terutamanya kereta lama, mereka boleh menggunakan ‘pots car charger’ yang dicucuk ke lubang soket pencucuh rokok.
Pun begitu, timbul pula persoalan sama ada ia akan memberi kesan terhadap kereta mahupun bateri sekiranya digunakan untuk janga waktu yang terlalu lama atau terlalu kerap.
Lelaki kongsi kesan jika kerap cas telefon dalam kereta
Susulan itu, seorang lelaki yang juga mekanik di salah sebuah pusat servis kenderaan di Saujana Utama, Sungai Buloh berkongsi risiko yang boleh terjadi sekiranya sering mengecas peranti menggunakan pot pengecas kereta.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @altimatsaujana, lelaki terbabit menyenaraikan tiga kesan yang mungkin boleh terjadi disebabkan perkara itu.
Pertama: Bateri kereta tak tahan lama, cepat ‘kong’
Menurutnya, kesan pertama yang boleh terjadi sekiranya sering menggunakan pot pengecas kereta untuk mengecas peranti adalah jangka hayat bateri kenderaan tidak bertahan lama.
Jelas lelaki itu, risiko terbabit boleh berlaku sekiranya pemandu atau penumpang mengecas peranti tanpa menghidupkan enjin kereta.
“Bila kereta korang tak hidup, bateri kereta korang tidak akan ada cas, jadi daripada charger korang dia akan tarik bateri, maka lama-lama bateri akan lemah dan kong,” katanya.
Kedua: Soket pencucuh rokok boleh rosak
Menurutnya lagi, soket pencucuh rokok mudah longgar dan rosak juga adalah risiko kedua yang boleh terjadi sekiranya pot pengecas kereta sering dipasang dan dicabut.
“Bila (soket pencucuk rokok) dah longgar, ia tak dapat nak hantar elektrik kepada telefon korang ataupun kepada korang punya apa-apa eksesori yang
“Bila (soket pencucuk rokok) dah longgar, ia tak dapat nak hantar elektrik kepada telefon atau apa-apa aksesori yang korang guna dekat pot pengecas kereta,” katanya.
Susulan itu, dia menasihati orang ramai agar elakkan daripada berlakunya perkara itu kerana ia pasti akan menelan belanja untuk memperbaikinya sekiranya sudah rosak.
Ketiga: telefon cepat panas
Kongsi lelaki itu lagi, kesan yang terakhir jika sering mengecas telefon menggunakan pot pengecas kereta adalah telefon menjadi mudah atau cepat panas.
Ujarnya, telefon yang sering kali panas atau mudah panas sekiranya dicas akan menyebabkan peranti itu rosak.
Nasihatnya, mengecas peranti di dalam kereta bukanlah dilarang sama sekali, sebaiknya cas telefon hanya bila perlu sahaja dan bukannya setiap kali memasuki kenderaan meskipun bateri banyak lagi.