Mahu Berikan Kesederan & Didikan, Sunway Healthcare Group Lancar Kempen ‘KNOW Diabetes 2024’
Menerusi tinjauan yang dilakukan SHG ada responden yang merasakan makanan sihat adalah mahal dan sukar untuk diperolehi apabila berkunjung ke kedai makan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Diabetes merupakan penyakit kencing manis di mana kadar bacaan gula dalam darah seseorang individu adalah tinggi.
Penyakit kencing manis ini merupakan antara penyakit yang tergolong dalam masalah kesihatan kronik kerana jika ia tidak dikawal boleh menyebabkan komplikasi lain seperti kegagalan buah pinggang dan sebagainya.
Bukan hanya itu, rakyat pada masa kini juga dilihat kurang memberikan perhatian kepada gaya hidup sihat khususnya dari segi pengambilan makanan. Pada ketika ini, ramai yang memilih makanan proses, kandungan gula yang tinggi hanya kerana rasa yang sedap serta banyak lagi.
Sunway Healthcare Group lancar kempen KNOW Diabetes
Susulan itu, Sunway Healthcare Group (SHG) pada hari ini (11 November) telah melancarkan kempen KNOW Diabetes selepas membuat tinjauan di seluruh negara pada bulan lalu (Oktober).
Tinjauan itu dilakukan untuk mendapatkan pandangan orang ramai bagi menyekat peningkatan mendadak diabetes yang menyaksikan Malaysia merekodkan jumlah tertinggi kadar diabetes di rantau Pasifik Barat dan antara yang tertinggi di dunia.
Tingkatkan kesedaran mengenai diabetes, fokus kepada pendidikan makanan & pelarasan diet
Kempen KNOW Diabetes yang dijalankan bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia 2024 ini, membawa mesej “Prevention is Power” untuk meningkatkan kesedaran serta mendidik rakyat Malaysia berkaitan impak diabetes.
Kempen yang dilakukan ini memberi fokus kepada pendidikan makanan dan pelarasan diet yang mudah dengan penekanan kepada pengambilan makanan bernutrisi untuk mengurangkan risiko diabetes.
Ramai sifatkan makanan sihat adalah mahal & sukar diperolehi di kedai makan
Menerusi tinjauan yang dilakukan SHG kepada 1,000 responden menerusi portal cilisos.my menunjukkan lebih daripada 80% dari peserta menyedari tentang bahayanya penyakit diabetes, kebimbangan sosial di mana pengambilan makanan yang berbeza daripada kumpulan sosial dan faktor psikososial lain.
Antara faktor psikososial lain adalah kekangan masa serta waktu bekerja yang panjang adalah faktor utama yang menghalang untuk mengamalkan tabiat pemakanan sihat di kalangan responden.
Bukan hanya itu, ada juga yang merasakan makanan sihat berkos tinggi selain sukar untuk diperolehi dengan:
- Lebih 47% merasakan makanan sihat adalah untuk golongan T20.
- 59% merasakan makanan sihat sukar untuk diperolehi di restoran mahupun warung tempatan.
- 52% juga percaya makanan yang disediakan di rumah adalah sihat.
Selain itu antara faktor lain adalah seperti ekonomi dan andaian makanan sihat mahal antara punca yang direkodkan sebagai penghalang untuk 54% daripada responden memilih pemakanan yang lebih sihat, diikuti dengan kekangan masa bagi 50% responden disebabkan keadaan peribadi dan kerja, kedua-duanya menimbulkan cabaran untuk responden dari memasak.
Ramai setuju tekanan daripada rakan sebaya buat mereka berwaspada dalam pengambilan makanan
Walau bagaimanapun, tekanan daripada rakan sebaya telah menjadi penyebab untuk rakyat Malaysia lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan.
Malah menerusi kajian dilakukan 40% responden setuju untuk kurangkan jumlah pengambilan gula jika pasangan memutuskan untuk melakukan diet tanpa gula.
Bukan hanya itu, mereka juga akan mula bersenam dengan lebih serius jika boleh melakukan aktiviti sihat itu bersama rakan sepejabt di pusat kecergasan selepas selesai waktu berkerja.
Presiden SHG, Datuk Lau Beng Long menyatakan diabetes dan komplikasi penyakit ini bukan sahaja telah menyerang ribuan rakyat Malaysia dan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan, kualiti kehidupan dan perhubungan mereka, malah turut menjadi beban kepada kesihatan awam dan pertumbuhan sosioekonomi.
“Kami percaya bahawa maklumat dan ilmu pengetahuan merupakan kunci kepada pencegahan bagi menghalang lebih ramai individu menjadi mangsa diabetes, oleh sebab itu kempen KNOW Diabtes dan mesej ‘Prevention is Power’ kami memfokuskan pendidikan kepada orang awam mengenai faktor utama diabetes iaitu makanan yang diambil dan bagaimana ia boleh meningkatkan atau mengurangkan risiko diabetes,” katanya.
Kempen KNOW Diabetes diadakan di seluruh hospital bawah kumpulan Sunway
Untuk makluman, program menyeluruh KNOW Diabetes ini turut membabitkan aktiviti fizikal di semua hospital di bawah kumpulan Sunway, program bersama media serta kandungan sosial media.
Apa yang lebih menarik ia turut menyediakan kalkulator risiko diabetes di mana seorang individu boleh mengetahui risiko menghidap diabtetes jenis 2 dalam masa lima tahun akan datang.
Selain itu SHG turut berkongsi tips praktikal untuk menggalakan orang ramai mengambil pemakanan sihat dan menawarkan strategi mengenai nutiri pemakanan kanak-kanak yang betul untuk membentuk hasil jangka panjang yang mengurangkan risiko penyakit.
Kempen KNOW Diabetes yang berlangsung dari 1 hingga 30 November ini sejajar dengan tema utama Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang bukan sahaja mementingkan kesihatan individu tetapi turut meletakkan kepentingan bagi komuniti untuk bekerjasama dalam membanteras diabetes.
KNOW Diabetes diadakan sewaktu statistik menunjukkan peningkatan yang membimbangkan tentang penyakit ini sejak beberapa tahun yang lalu.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi 2023 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati:
- 15.6% atau satu dalam enam orang dewasa menghidap diabetes, dengan 84% belia muda dan dewasa dalam lingkungan umur 18 hingga 29 tidak sedar dengan fakta berkenaan.
- Dijangkan 7 juta orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas akan menghidap pra-diabetes atau diabetes menjelang tahun hadapan.
- Tinjauan sebelum ini turut mendedahkan kelaziman diabetes meningkat dari 11.2% pada 2011 kepada 13.4% pada 2015 dan 18.3% pada 2019 dengan peningkatan keseluruhan sebanyak 68.3%.