fbpx
Now Reading
Nak Report Lagu Yang Sensitif Di Spotify? Ini Caranya

Nak Report Lagu Yang Sensitif Di Spotify? Ini Caranya

Mungkin masih ada yang memiliki akaun Spotify untuk mendengar lagu kegemaran mereka, namun tidak tahu cara untuk melaporkan perkara sensitif bukan?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai mengenai artis dipercayai kecederasan buatan (AI), Qween Fatima yang menyanyikan beberapa lagu menghina Islam seperti ‘Who is Allah?’ dan ‘She is Allah’.

Difahamkan, lagu-lagu berkenaan dimuat naik di platform YouTube dan aplikasi penstriman muzik seperti Spotify sekali gus meraih perhatian ramai, di mana rata-rata orang terutamanya umat Islam berasa marah dengan perkara itu.

Ramai yang lantas membuat aduan di YouTube dan Spotify sehingga lagu-lagu berkenaan serta akaun Qween Fatima tidak lagi kelihatan, namun tidak pasti sama ada ianya dibuang atau sekadar disekat di dalam Malaysia.

Muncul satu lagi artis AI kontroversi

Terbaharu, semakan kami di Spotify turut menemui satu lagi artis dipercayai AI, Sista Khalifa yang menyanyikan beberapa lagu menghina agama Islam terutamanya Allah SWT.

Bukan itu sahaja, paparan imej pada salah satu ‘cover single’ turut menggunakan gambar kontroversi yang memperlihatkan seorang wanita bertudung dalam keadaan separuh bogel.

Lebih mengejutkan, seluar dalam yang dipakai wanita tersebut turut tertera kalimah Allah.

Cara-cara nak report lagu di Spotify

Kami sedar, mungkin masih ada yang memiliki akaun Spotify untuk mendengar lagu kegemaran mereka, namun tidak tahu cara untuk melaporkannya sekiranya perkara sebegini terjadi.

Jadi di bawah kami kongsikan langkah-langkah untuk ‘report’ album atau nama artis yang menyanyikan atau mencipta lagu-lagu sensitif.

Berikut langkah-langkahnya:

#1 Taip nama artis atau album, klik tiga titik dan tekan butang ‘report’

Buka aplikasi Spotify di dalam telefon pintar atau komputer anda, kemudian taip nama artis atau album yang memiliki lagu yang ingin dilaporkan.

Kemudian klik pada ikon tiga titik yang berada bersebelahan butang ‘Follow’, setelah itu klik pula pada tulisan yang tertera ‘report’.

#2 Pilih jenis konten yang anda ingin laporkan

Setelah menekan ‘report’, anda perlu memilih jenis konten yang ingin anda laporkan, sekiranya imej yang digunakan pada lagu itu sensitif seperti kes di atas, maka klik pada pilihan ‘Artist gallery image’ dan jika sebaliknya, maka pilihlah yang lain seperti “Artist’s Pick” text.

#3 Tekan butang ‘report’, selesaikan Captcha sekiranya diminta

Langkah terakhirnya, hanya perlu tekan butang ‘report’ yang ada di bahagian bawah. Perlu diingatkan, jika kali pertama melakukannya, anda perlu menyelesaikan Captcha terlebih dahulu bagi memastikan laporan tersebut dibuat oleh manusia dan bukannya robot.

Satu yang harus diingatkan, aduan ini hanya untuk melaporkan perkara-perkara yang sensitif seperti konten seksual, keganasan, mempromosi kebencian, penipuan kandungan dan banyak lagi seperti yang tertera pada gambar di bawah.

Untuk pelanggaran hak cipta pula, sila rujuk di sini.

Satu lagi perkara penting yang perlu anda tahu, sebarang aduan yang palsu atau sengaja menyalahgunakan proses ini boleh menyebabkan anda tidak boleh lagi membuat aduan di masa hadapan atau lebih teruk lagi akaun disekat/ditamatkan oleh pihak Spotify.

Jadi gunakan bila perlu sahaja!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.