Ramai Kecam Tindakan Peniaga Donut Buat Konten Berbaur Lucah, MCMC Buat Penelitian [Video]
Menerusi video yang tular, kelihatan peniaga membuat aksi dan menyebut perkataan dalam nada seperti sedang berahi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui kita mempunyai pelbagai adab dalam setiap perkara contohnya adab bersama dengan orang tua, adab berkawan, adab kepada makanan dan sebagainya.
Adab ini perlu diamal dan ditunjukkan kepada semua orang agar kita saling-menghormati antara satu sama lain. Malah kita juga sering mendengar orang tua berpesan untuk sentiasa menjaga adab seperti percakapan dan kelakuan apabila berada di hadapan makanan.
Ini kerana makanan merupakan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT, maka adalah penting untuk kita untuk sentiasa mensyukuri dan tidak berkelakuan jelik dengan rezeki yang diberikan.
Tular peniaga makanan buat konten berbaur lucah
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan beberapa individu yang membuat konten perniagaan makanan berbaur lucah sehingga dikecam orang ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Faiz Fayeshz di X, awalnya kelihatan seorang lelaki yang memegang patung beruang berwarna coklat berada dalam posisi kurang sopan sambil menyebut perkataan ‘berair’ dalam keadaan berahi.
Tidak lama selepas itu muncul dua lagi individu dalam video tersebut yang memarahinya melakukan perkara tersebut dan memintanya untuk menyebut perkataan tersebut dengan nada tegas.
Buat aksi sama ketika sedang menjual, ramai kecam tindakan & kelakuan tak beradab peniaga
Selain daripada video tersebut, pengguna X turut ada berkongsi satu lagi video memaparkan peniaga makanan yang dipercayai menjual donut ada melakukan perkara sama sewaktu sedang berniaga.
“Berayaq.. jet lagi, jet lagi,” kata peniaga dalam video.
PANAS | ‘Sekarang ni kau nak jual donat susu ke nak jual cipap berlengas keluar cirit, bodoh?’ – Yanti Joe
— AWATNI Buzz (@AWATNINews) November 10, 2024
Aksi lucah ‘hilang mata hitam’ jadi pelaris jualan, pengusaha makanan Bukit Mertajam kaut RM15,000 sehari enggan mohon maaf.
“Tak suka, hangpa jangan tengok,” ujarnya. pic.twitter.com/vPJyvXopa0
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan ramai kurang senang dan mengkritik peniaga kerana dia tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu terhadap makanan.
Tidak kurang juga ada yang meminta orang ramai untuk memboikot perniagaan yang dilakukan disebabkan kelakuannya yang tidak beradap terhadap makanan.
Selain itu, ada yang mengatakan tindakan itu boleh menjadi ikutan kepada generasi muda sekiranya ia tidak dicegah atau ditegur.
“Perosak generasi muda”
“Penat kerja ibu bapa zaman sekarang nak elak anak-anak dari terpengaruh dengan benda-benda macam ni. Kalau bukan dia tengok sendiri, mungkin akan tahu dari kawan-kawan juga..”
MCMC lakukan penilitian terhadap video tular
Susulan daripada itu, Faiz turut meminta orang ramai untuk membuat laporan terhadap akaun tersebut dan memintak pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan.
Sedar mengenai video yang tular, MCMC kemudiannya tampil memaklumkan akan membuat penilitian lanjut berkaitan isu itu.
“Pihak MCMC ambil maklum dan akan melaksanakan penelitian lanjut. Dalam masa sama, tuan juga boleh salurkan aduan rasmi melalui aduan.mcmc.gov.my bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efektif dan memudahkan semakan status aduan,” katanya di ruang balas hantaran tersebut.
Menerusi semakan kami, akaun dan video tular itu telah diprivasikan di aplikasi TikTok.
Pihak MCMC ambil maklum dan akan melaksanakan penelitian lanjut.
— MCMC (@MCMC_RASMI) November 10, 2024
Dalam masa sama, Tuan juga boleh salurkan aduan rasmi melalui https://t.co/bSyVtupCyV bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efektif dan memudahkan semakan status aduan.
Terima kasih atas keprihatinan Tuan. ^