“Saiz Lebih Kurang Yang RM12” – Pakcik Jual Ayam Gunting Harga RM2 Jadi Perhatian [Video]
Difahamkan, gerai peniaga yang menjual ayam gunting berharga RM2 itu terletak di Dutch Square (Red Square), Melaka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ayam gunting merupakan antara hidangan popular yang sering menjadi pilihan ramai untuk dinikmati ketika waktu lapang.
Ia merupakan menu ringkas berasaskan dada ayam dan tepung yang kebiasaannya boleh mengenyangkan.
Seiring dengan peredaran zaman serta kos yang semakin meningkat, dapat dilihat harga jualan ayam gunting kini mencecah RM10 ke RM12.
Ayam Gunting Dijual Dengan Harga RM2
Namun, lain pula dengan seorang peniaga di Melaka yang menjual hidangan tersebut dengan hanya RM2!
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @bestfoodmy, peniaga yang digelar sebagai pakcik didatangi oleh pemilik video yang memesan ayam gunting.
Apa yang menjadi perhatian adalah ayam gunting jualannya itu hanya berharga RM2.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat saiz hidangan tersebut yang agak besar dan isinya sedikit nipis berbanding ayam gunting yang terdapat di pasaran.
Ayam Gunting Dihidang Dalam Keadaan Panas
Lebih menarik, hidangan tersebut dijual secara panas-panas malah peniaga itu menyatakan dia boleh memanaskan semula menu berkenaan atas permintaan pelanggan.
Malah, dia juga menetapkan tahap kepedasan hidangan ayam gunting itu mengikut citarasa pelanggannya.
Selain daripada ayam gunting, turut terdapat sosej serta sotong yang dijual di gerai kecil miliknya itu.
Difahamkan, gerai kecil pakcik itu terletak di Dutch Square (Red Square), Melaka dan beroperasi bermula jam 5.30 petang sehingga habis jualan.
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi
Video yang telah mendapat lebih 670,000 tontonan dan turut dikongsikan di platform X nyata menarik perhatian ramai.
Rata-rata memuji tindakan peniaga itu yang menjual ayam gunting dengan harga murah.
Ini kerana bagi mereka sukar untuk menjumpai hidangan tersebut dijual dengan harga sedemikian.
Namun, ada segelintir pengguna media sosial yang mempersoal saiz ayam gunting jualan pakcik berkenaan tidak sama seperti kebanyakan ayam gunting di pasaran.
Malah, ada yang mendakwa hidangan itu bukanlah dinamakan sebagai ayam gunting sebaliknya adalah satay ayam.
Walau bagaimanapun, masih ada di antara mereka yang berpendapat harga jualan ayam pakcik ini masih berpatutan dan kena dengan saiznya jika dibandingkan dengan saiz ayam yang lebih kecil dan harga mahal dijual oleh peniaga lain.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“RM2 Dalam Ekonomi Sekarang? Pakcik Ni Real Sedekah Ni”
“Saiz Pun Okay, RM2 Kira Murah. Beli 6 Keping Dapat Portion Lagi Banyak Dari Normal Ayam Gunting Yang Banyak Orang Jual RM12 Tu”
“Saiz Memang Padu, Sini Ada Je RM1 Tapi Besar Tapak Tangan Baby”
“Sedap Ayam Gunting & Sosej Cheese Pakcik Ni, Harga Pun Murah”
“Tu Ayam Satay Bang Bukan Ayam Gunting, Aku Beli Dekat Pasar Malam RM1 Je”
“Ayam Satay Dekat Kolej RM4.50 Satu”
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Nasi Hujan Panas Siap Lauk Ayam Harga RM3 Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Murahnya”- Nasi Goreng Seafood Penuh Udang & Sotong Dijual Dengan Harga RM11 Jadi Perhatian [Video]