fbpx
Now Reading
“Ustazah Aafiyah” – Ramai Teruja Dengar Anak TokTi Nak Jadi Ustazah Bila Besar [Video]

“Ustazah Aafiyah” – Ramai Teruja Dengar Anak TokTi Nak Jadi Ustazah Bila Besar [Video]

Aafiyah yang merupakan anak sulung Siti Nurhaliza berkongsi cita-citanya itu kepada Dr Norhafizah Musa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika ditanya kepada kanak-kanak mengenai apa yang mereka mahu jadi bila besar nanti, pasti ramai yang akan memilih kerjaya guru, doktor, jurutera atau pilot.

Malah, ada juga segelintir yang mahu menjadi TikToker kerana mahu popular seperti influencer kesukaan mereka.

Namun, berbeza pula dengan anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah apabila cita-citanya disifatkan lain dari yang lain.

Pendakwah Bebas Doakan Kebaikan Buat Siti Aafiyah

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok pendakwah dan penceramah bebas, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa, beliau berkongsikan perbualannya bersama anak penyanyi nombor satu negara itu.

Melalui perkongsian tersebut, kedengaran Dr Norhafizah Musa yang membahasakan dirinya sebagai nenek kepada Aafiyah mendoakan kanak-kanak berkenaan yang pada ketika itu turut berada di sampingnya.

“Nak doakan semoga Aafiyah cemerlang dunia akhirat, Allah kurniakan kepetahan berkata-kata, akhlak yang cantik, ingatan yang kuat, jadi wanita solehah, anak yang solehah kan? Aafiyah nak tak?” soal penceramah berkenaan.

Bercita-Cita Mahu Jadi Ustazah

Ketika ditanya oleh ibu Aafiyah mengenai cita-citanya ketika besar nanti, jawapan Aafiyah sememangnya menjadi perhatian ramai.

Jelas Aafiyah, dia mahu menjadi seorang ustazah. Jawapan tersebut nyata mengejutkan Dr Norhafizah Musa yang mendengar.

“Insya-Allah, ustazah Siti Aafiyah al-Hafizah, kita doakan ye,” kata beliau lagi.

Dedah Dr Norhafizah Musa, anak penyanyi nombor satu negara itu sememangnya sudah banyak menghafal surah dan hadis ketika di usia enam tahun.

“Semoga buah hati Datuk Seri Siti Nurhaliza ini menjadi anak yang solehah. Mashaa-Allah, dah banyak hafal surah dan hadith juga di usia 6 tahun. Baarakallah fiikum,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

@ustazahdatukdrnorhafizah

Semoga buah hati Dato Seri Siti Nurhaliza ini menjadi anak yang solehah. MashaaAllah, dah banyak hafal surah dan Hadith juga di usia 6 tahun. Baarakallah fiikum. #ctdk #sitinurhaliza #fyp #ustazahnorhafizahmusa #hafizquran

♬ original sound – Norhafizah Musa – Norhafizah Musa

Malah sebelum ini juga, pernah tular Siti Aafiyah yang juga menjadi kesayangan ramai itu membaca surah serta hadis.

Ramai Kagum, Ramai Juga Doakan Cita-Cita Tercapai

Video yang mendapat lebih 218,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata meluahkan rasa kagum apabila mendengar cita-cita Siti Aafiyah itu. Ini kerana bagi mereka sukar untuk menjumpai kanak-kanak yang berfikiran sedemikian.

Tidak kurang juga, ada yang mendoakan agar apa yang diimpikan oleh si cilik itu menjadi kenyataan di masa hadapan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Aamiin”

“Alhamdulillah, Semoga Apa Yang Didoakan Untuk Aafiyah Di Dengar Allah”

“Anak Aku Dua Orang, Bila Tanya Nak Jadi Apa, Sorang Nak Jadi Polis, Sorang Perompak”

“Aamin, Semoga Aafiyah Jadi Ustazah Satu Hari Nanti”

Baca Artikel Berkaitan: Penantian Yang Dinanti Satu Malaysia… Siti Aafiyah Nama Si Comel Pipi Merah

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Aafiyah Cium Perut Siti, Jawab Spekulasi Siti Hamil Anak Kedua

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.