Majikan Boleh Buang Pekerja Yang Keluar Grup WhatsApp Syarikat? Ini Penjelasannya
Difahamkan, sekiranya WhatsApp dijadikan komunikasi rasmi sesebuah syarikat maka semua pekerja haruslah patuh dan tidak boleh ingkar terhadap arahan berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, platform komunikasi dalam talian seperti aplikasi perbualan WhatsApp dan Telegram amatlah penting pada masa kini.
Platform-platform ini bukan hanya digunakan untuk menghubungi ahli keluarga dan rakan-rakan, sebaliknya turut menjadi alat komunikasi kerja di antara pekerja bagi sesetengah syarikat.
Bagaimanapun, tidak dinafikan masih ada sesetengah pekerja yang berasa kurang senang dengan grup WhatsApp terbabit, lebih-lebih lagi sekiranya mereka diganggu ketika di luar waktu kerja.
Majikan ada hak untuk buang pekerja yang left WhatsApp Group
Pun begitu, tahukah anda bahawa majikan mempunyai hak untuk membuang pekerjanya yang keluar daripada grup WhatsApp tanpa alasan yang kukuh atau secara sesuka hati.
Pempengaruh yang juga ‘recruiter’ dikenali sebagai Farid Affy berkata, perkara ini boleh dilihat melalui satu kes tular yang pernah berlaku dahulu di mana syarikat telekomunikasi, Maxis Mobile Sdn. Bhd. memecat salah seorang pekerjanya yang keluar grup WhatsApp.
Menerusi bebenang di akaun X miliknya, Farid berkata dalam kes berkenaan (Award No. 1050 of 2019, 27 March 2019), pihak syarikat telahpun menang menentang bekas pekerjanya itu.
Pekerja kena patuh jika WhatsApp jadi alat komunikasi rasmi syarikat
“Bila WhatsApp dijadikan komunikasi rasmi syarikat maka semua pekerja kena patuh dan siapa yang ingkar (left group) maksudnya dia ingkar arahan.
“Ingkar arahan adalah kesalahan yang serius walaupun nampak remeh (left group). Lagi-lagi kalau pekerja tu sebelum ini ada masalah nak ikut arahan dan banyak kali tak dengar arahan,” katanya
Pekerja tak dengar arahan secara lisan
Menurutnya, pekerja terbabit juga dikatakan selalu tidak mendengari arahan secara lisan oleh majikannya.
“Pekerja itu juga selalu tak hantar report yang majikan dia minta dalam waktu yang ditetapkan.
“Mahkamah cakap, bila tugasan jadi sukar dilakukan sebab pekerja melawan arahan, jadi ia dianggap kesalahan serius,” katanya lagi.
Sementara itu, memetik AskLegal, bekas pekerja Maxis itu dikatakan membuat kesalahan sama berulang kali (dua kali) menyebabkan pihak syarikat terpaksa mengambil tindakan memecatnya.
“Dia dimasukkan dalam dua group WhatsApp, satu dengan Pengurus dan Penyelia dan satu lagi dengan pekerja-pekerja lain.
“Dia tinggalkan satu dari group WhatsApp ni tanpa dapat kebenaran dari orang atasannya. Dalam pembelaannya, dia beritahu yang dia tak tahu pasal dasar syarikat yang kena beritahu pengurus cawangannya dulu sebelum keluar dari group.
“Disebabkan itu adalah kesilapan pertamanya, dia dah diberi amaran dari pengurus cawangan dan hal tu kembali normal semula, sehinggalah untuk kali kedua ni, dia bukan keluar dari satu group je, tapi dari kedua-dua group dan dia maklumkan kepada satu dari group ni (nota: bukan pengurusnya) yang dia pergi bercuti dan perlukan ketenangan minda dari hal-hal kerja. Dia juga gagal hantar Laporan Jualan dan Perkhidmatan Hariannya untuk beberapa hari,” lapor AskLegal
Jadi korang jangan sesuka hati keluar grup WhatsApp syarikat tau.
Boleh ke majikan buat macam ni? Kalau refer kes Maxis Mobile Sdn Bhd (Award No 1050), tindakan majikan pecat pekerja tu dianggap betul dan munasabah.
— Farid Affy Maukerja (@faridaffy) November 11, 2024
1. Bila WhatsApp dijadikan komunikasi rasmi syarikat maka semua pekerja kena patuh dan siapa yang ingkar (left group) maksudnya…