fbpx
Now Reading
Peniaga Donut Susu Mohon Maaf & Tukar Nama TikTok Selepas Dikritik Buat Konten Berbaur Lucah

Peniaga Donut Susu Mohon Maaf & Tukar Nama TikTok Selepas Dikritik Buat Konten Berbaur Lucah

Menerusi kenyataan itu juga, peniaga donut berkenaan turut tampil memberi penjelasan maksud sebenar perkataan ‘berayaq’ yang digunakan dalam video tular tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak Ahad (10 November) lalu, tular di media sosial video yang mempamerkan aksi kurang sopan beberapa individu dalam mempromosikan produk.

Melalui video yang tular itu, kelihatan seorang individu pada awalnya memegang patung beruang berwarna coklat dan meletakkan patung tersebut di posisi tidak sopan sambil menyebut perkataan ‘berair’ dalam keadaan yang berahi

Kemudian, datang pula dua individu yang memarahi lelaki berkenaan dan meminta agar dia menyebut perkataan ‘berair’ itu dengan nada tegas.

Tidak hanya itu, terdapat satu lagi video tular yang memaparkan tindakan seorang peniaga makanan dipercayai menjual donut turut melakukan perkara sama ketika berniaga dengan menyebut perkataan ‘berair’ tersebut.

“Berayaq.. jet lagi, jet lagi,” kata peniaga dalam video.

Perbuatan tidak senonoh itu nyata mendapat perhatian dan kritikan ramai termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang akan melakukan penelitian lanjut berhubung isu berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Tindakan Peniaga Donut Buat Konten Berbaur Lucah, MCMC Buat Penelitian [Video]

Peniaga Donut Susu Beri Penjelasan Disebalik Maksud ‘Berair’

Susulan video yang tular itu, peniaga donut susu yang dipercayai terlibat dalam video terbabit tampil membuat permohonan maaf dan menerima segala teguran yang dikritik oleh netizen selain turut menukar nama akaun TikTok kepada ‘Bertanah’.

Menerusi hantaran terbaharunya di TikTok @aulaida2, dia memohon maaf dan menjelaskan maksud di sebalik penggunaan perkataan ‘berayaq’ dalam video yang tular itu.

“Kami menerima segala teguran dari kalian dan nama kedua-dua akaun kami telah bertukar kepada kepada (Bertanah).

“Untuk pengetahuan semua, ‘berayaq’ (berair) bermaksud doh kami yang cair dan bila makan donut cair di dalam mulut dan jet itu adalah bermaksud terajang,” tulisnya.

Malah, mereka menjelaskan pihaknya hanya melakonkan perbuatan itu dan idea sebenar bukanlah datang dari mereka.

“Untuk pengetahuan semua ‘cirit’ itu bukanlah tagline dari kami dan video yang telah tular baru-baru ini bukanlah idea kami untuk bercakap mengenai perkara itu.

“Kami hanya melakonkan apa yang diarahkan. Semoga menjawab semua persoalan,” tulis mereka lagi.

Mohon Maaf Andai Video Disalah Tafsir Oleh Netizen

Menerusi kenyataan itu juga, pemilik akaun berkenaan tampil memohon maaf sekiranya video mereka telah disalah tafsir oleh pengguna media sosial.

“Kami memohon maaf andai video kami ada yang salah tafsir. Ikhlas dari kami, hanya Allah Maha Pemberi Rezeki.

“Kami memaafkan semua yang komen menghina kami, insya-Allah kami akan perbaiki segala kelemahan,” jelasnya menerusi kenyataan itu.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Tindakan Peniaga Donut Buat Konten Berbaur Lucah, MCMC Buat Penelitian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Kereta Diconteng Perkataan ‘Kaki Janda’, Netizen Dakwa Ia Marketing Murahan Jenama Vape

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.