Ramai Tersentuh Lihat Kesabaran Tukang Gunting Ketika Potong Rambut Anak Autism [Video]
Menerusi video, kelihatan tukang gunting rambut yang dikenali sebagai Mr D turut bermain dengan Aisy yang merupakan kanak-kanak autism agar dia tidak tertekan sepanjang proses itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Autisme atau autism merupakan sejenis gangguan perkembangan minda yang membabitkan beberapa masalah seperti komunikasi, tingkah laku serta fungsi sosial.
Kebiasaannya ibu bapa dapat mengesan anak-anak mereka berdepan dengan perkara ini sejak mereka dari kecil lagi. Walau bagaimanapun, autisme ini mempunyai pelbagai tahap dan ia hanya boleh disahkan oleh pakar perubatan sahaja selepas melalui beberapa ujian.
Namun umum pasti mengetahui individu autistik ini mempunyai minat atau tingkah laku yang sukar difahami orang luar selain keluarga.
Akan tetapi dengan kesedaran yang semakin meluas di kalangan orang ramai mengenai autism serta cuba untuk mempelajari mengenai mereka.
Tukang gunting rambut jadi perhatian sabar layan anak autism
Baru-baru ini, seorang tukang gunting rambut telah menjadi perhatian apabila dia dilihat begitu sabar melayan anak autisme yang hadir ke kedainya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Imashariza di TikTok, awalnya kelihatan kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Aisy Aryan, 8, sedang duduk di atas sebuah kerusi di dalam kedai gunting rambut berkenaan.
Tukang gunting yang dikenali sebagai Mr D kemudiannya menyantuninya dengan begitu ceria. Malah kelihatan Mr D juga faham bahawa segelintir kanak-kanak autism ini mempunyai masalah deria.
Oleh itu, dia cuba menarik perhatian kanak-kanak berkenaan dengan melayaninya.
Siap bermain-main dengan anak autism agar mereka tak tertekan
Meskipun Aisy menolaknya dan berlari di dalam kedai berkenaan namun kelihatan Mr D begitu sabar melayaninya.
Malah dia juga membuatkan sesi gunting rambut itu seperti sedang bermain dengan Aisy agar kanak-kanak tersebut terhibur dengannya.
Aisy selesa dan benarkan Mr D gunting rambutnya kerana mula beri kepercayaan
Tindakan Mr D itu secara tidak langsung telah membuatkan Aisy serta Imashariza selesa dengan caranya. Aisy juga dilihat tidak menangis atau menunjukkan rasa tidak suka sepanjang melalui proses gunting rambut bersama Mr D.
“Untuk anak autism dia orang memang tak suka potong rambut, sebab melibatkan sensory issue (isu deria).
“Tadi Aisy terpukul dan tertarik janggut Mr D. Tapi Mr D nasihatkan saya, tak mengapa biarkan dia.
“Dia tengah tertekan kerana tidak biasa. Selepas bermain akhirnya Aisy bagi poting rambut dia dan tidak lari-lari. Mr D cakap dekat saya, saya patut bersyukur dapa anak istimewa. Kalau jaga dia baik-baik dapat banyak pahala dan masuk syurga.
“Sambil Mr D urut-urut kaki Aisy, dia cakap bagi saya pahala banyak-banyak supaya doa saya kurang ya,” kata Imashariza dalam video tersebut.
Selain itu, Mr D sempat memesan kepada Imashariza untuk meminta doa kepada tuhan agar minta yang terbaik. Ini kerana di dunia mungkin Aisy adalah ujian terbesar untuknya namun di akhirat kanak-kanak berkenaan adalah hadiah buatnya.
Ramai tersentuh lihat kesabaran tukang gunting rambut layan anak autism
Melihat di ruangan komen, ramai ibu bapa kepada anak autisme berkongsi pengalaman sama ketika menghantar anak mereka gunting rambut di kedai Mr D.
Tidak kurang juga, ramai yang tersentuh melihat kesabaran Mr D dalam melayan kanak-kanak autism.