fbpx

Sekumpulan Pelajar Sekolah Rendah Main Ukelele Sambil Nyanyi Lagu Exist Raih Perhatian [Video]

Menerusi video kelihatan kumpulan pelajar sekolah rendah terbabit bermain ukelele dengan baik sambil menyanyikan lagu berjudul Alasanmu dari Exist.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Permainan alatan muzik merupakan salah satu bentuk hiburan yang sering menjadi pilihan orang ramai khususnya mereka yang berdarah seni.

Umum mengetahui setiap peralatan muzik ini mempunyai cara yang berbeza untuk dimainkan. Namun apa yang penting adalah pemain perlu mengenali bunyi dari setiap note muzik pada peralatan berkenaan.

Apabila sentiasa menghadirkan diri ke kelas dan membuat latihan yang banyak tidak hairanlah jika seseorang itu dapat memainkan sesebuah peralatan muzik dengan baik. Malah ada yang boleh mencipta lagu sendiri dengan menggunakan peralatan yang dipelajarinya.

Pelajar main ukelele sambil nyanyi lagi Exist iaitu Alasanmu

Baru-baru ini, sekumpulan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Kijal, Terengganu yang bermain alat muzik ukelele sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan Cikgu Sobri di TikTok, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan berada di bilik muzik sambil menyanyikan lagu.

Apa yang menarik perhatian pelajar berkenaan bermain ukelele menyanyikan lagu dari kumpulan Exist iaitu Alasanmu.

Bukan hanya itu, mereka memainkan lagu tersebut dengan penuh harmoni sambil melihat ke arah note lagu di hadapan mereka.

Selain ukelele, turut ada pelajar yang bermain alat muzik lain

Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik oleh Cikgu Sobri kelihatan kanak-kanak berkenaan sememangnya gigih berlatih bermain alat permainan berkenaan.

Selain ukelele, turut ada pelajar yang bermain alat lain seperti gitar, cajon, bar chime, tamborin dan banyak lagi.

Bukan hanya itu, Cikgu Sobri turut mengalakkan para pelajarnya mencipta melodi dan lagu mereka sendiri.

Ramai puja dan teruja lihat pelajar pandai main ukelele

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji para pelajar berkenaan kerana berjaya membawa lagu tersebut dengan baik.

Malah ada yang mengatakan pelajar pada masa kini sangat beruntung kerana mereka didedahkan dengan pelbagai jenis alatan muzik.

Tidak kurang juga ada yang ingin membuat permintaan lagu untuk dimainkan oleh para pelajar berkenaan.

“Pandainya, dulu abang sekolah tiup rekorder je sampai meleleh air liur lepas tu bagi kawan kongsi”

“Ni baru betul belajar muzik, ni dekat Singapura dia kasi main recorder dengan harmonica. Apa benda, kalau tak dah pandai aku main gitar”

“Adik belakang tu semangat, ke ada sejarah?”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ada Kaitan Dengan ‘Resign’? Anggota Exists Dedah Kisah Di Sebalik Lagu Alasanmu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.