Tak Suka Lihat Botol Kicap & Lada Sulah Dihidangkan Atas Meja Kotor, Wanita Bersihkan Hingga Berkilat [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan membersihkan sendiri botol kicap dan lada sulah yang disediakan pihak restoran dengan membasuhnya di singki.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebersihan merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap peniaga makanan.
Bukan sekadar makanan disediakan perlu bersih tetapi peniaga juga hendaklah memastikan perkakas, ruang dapur dan keadaan restoran sentiasa bersih bagi mengelakkan sebarang penyakit.
Restoran yang kotor boleh mengundang kepada haiwan perosak untuk datang dan mencemari kawasan terbabit. Selain itu, sebagai peniaga kita pasti ingin pelanggan berada dalam keadaan selesa ketika menikmati makanan di kedai makan.
Tak suka bekas botol kicap dan lada sulah kotor, wanita bersihkan sendiri
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita yang bertindak membersihkan sendiri perkakas yang disediakan oleh pihak restoran untuk kemudahan pelanggan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nunu.lifter di TikTok, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke sebuah restoran bersama ibu. Apabila ke restoran pasti segelintir di antara kita menyedari terdapat beberapa kedai makan yang menyediakan kicap dan lada sulah untuk kegunaan pelanggan.
Ibu kepada Nunu yang menyedari botol tersebut telah bertindak untuk membersihkan perkakas tersebut selepas berasa kurang senang melihat ia tidak kemas dan sedikit kotor.
Kekotoran ada pada botol tersebut adalah disebabkan cairan kicap serta debu dari lada sulah.
Siap basuh dekat singki dan lap guna tisu
Dalam video kelihatan ibu kepada nunu mulanya membasuh tempat meletakkan bahan perasa tersebut di singki berdekatan sebelum mengelapnya dengan tisu.
Perkara sama turut dilakukan pada kesemua botol kicap dan lada sulah yang ada di atas meja mereka.
“Ini perlu dipastikan sentiasa bersih, ini kicap melimpah-limpah dekat dalam ni pasal apa.
“Kemudian awak nak beri kepada pelanggan makan haa, keep clean,” ujarnya sambil mengelap perkakas tersebut.
Apa yang menarik perhatian kelihatan botol kicap dan lada sulah yang tadinya kelihatan kotor kini lebih kemas, bersih serta cantik dipandang.
“Jangan bawa ibu saya ke tempat yang kotor atau dia akan membersihkannya sendiri,” kata Nunu di ruang kapsyen.
Ramai sokong tindakan wanita bersihkan botol kicap dan lada sulah
Melihat di ruangan balas, ramai yang menyokong apa yang dikatakan oleh ibu Nunu. Malah mereka juga memuji wanita itu kerana melakukannya sendiri tanpa perlu memanggil staf kedai makan berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat staf kedai makan perlu sentiasa memantau perkakas itu setiap kali kedai beroperasi.