Tindakan Lelaki Hisap Rokok Depan Anak Kecil Yang Sedang Tidur Buat Ramai Geram [Video]
Melalui perkongsian tersebut, lelaki berkenaan dilihat terus menyedut dan menghembus asap rokok tanpa memikirkan kesan ‘second hand smoke’ kepada kanak-kanak yang sedang tidur di atas katil.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Merokok merupakan perbuatan yang bukan sahaja membahayakan kesihatan pelaku itu sendiri malah orang lain.
Oleh sebab itu, pelbagai cara yang dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menyedarkan golongan ini tentang bahaya merokok.
Namun entah mengapa, masih ada sebilangan individu yang tidak bertanggungjawab dilihat selamba menghisap rokok tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Lelaki Selamba Hisap Rokok Depan Anak Yang Sedang Tidur
Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang dilihat selamba menyedut dan menghembus rokok dalam sebuah bilik yang dipercayai di sebuah rumah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok @ligasugesti3, kelihatan lelaki berkenaan sedang menikmati asap rokok sambil bermain telefon bimbitnya di hujung katil.
Apa yang menjadi perhatian adalah terdapat kanak-kanak kecil yang dipercayai berusia dalam lingkungan dua hingga tiga tahun sedang tidur di atas katil yang sama.
Individu berkenaan dilihat terus menghisap dan menyedut asap rokok tanpa memikirkan kesannya kepada kanak-kanak berkenaan.
Difahamkan lelaki tersebut merupakan bapa kepada anak kecil yang sedang tidur itu dan video dikongsikan oleh pengguna yang juga dipercayai isteri kepada lelaki tersebut.
“Sengaja merokok di kamar (bilik) padahal tahu ada anaknya yang sedang tidur. Tolong pelihara kesihatan anakku ya Tuhan,” tulis pengguna berkenaan.
Wanita Mohon Dikurniakan Kesabaran, Pernah Tegur Suami Tetapi Berakhir Dengan Pergaduhan
Menurut pengguna yang merupakan wanita warga Indonesia itu, dia telahpun menegur tindakan suaminya itu namun perbuatannya itu hanya sia-sia kerana akan berakhir dengan pergaduhan.
Jelasnya menerusi ruangan komen, ada ketika lelaki berkenaan bertindak agresif hingga merosakkan barang-barang hanya kerana ditegur.
“Luaskanlah rasa sabar ku ya Allah. Tambahkan rasa tabah yang lapang di hatiku,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.
Ramai Luah Rasa Geram, Ada Yang Mahu Wanita Ambil Langkah Segera
Video yang telah mendapat lebih 1.9 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial khususnya masyarakat tempatan dan rakyat Malaysia.
Mengintai ke ruangan komen, majoriti mengecam tindakan lelaki itu yang dilihat mementingkan diri dan menghiraukan anaknya.
Tidak kurang juga, ada pengguna media sosial yang mempertikai tindakan wanita itu kerana dilihat masih merekodkan perbuatan lelaki berkenaan dan tidak segera melakukan sesuatu bagi menyelamatkan si kecil itu.
Walau bagaimanapun, ada di antara mereka yang meluahkan rasa simpati dan menasihati pengguna berkenaan agar segera melakukan sesuatu sebelum keadaan menjadi serius.
Asap Rokok Boleh Beri Kesan Kepada Kanak-Kanak
Untuk info, bayi dan kanak-kanak yang menyedut asap rokok berisiko untuk mengalami masalah kesihatan.
Ini kerana asap rokok mengandungi bahan berbahaya termasuk karsinogen dan toksin yang boleh membahayakan kesihatan mereka.
Lazimnya, kanak-kanak atau bayi akan menyedut asap rokok yang dikenali sebagai asap rokok terpakai atau pasif yang dihembuskan oleh perokok.
Antara risiko yang bakal dihadapai oleh kanak-kanak terlibat adalah seperti berikut:
- Sindrom Kematian Mati Mengejut (SIDS) terutamanya dalam kalangan bayi yang merujuk kepada kematian yang tidak dijangka kepada bayi yang pada asalnya sihat.
- Masalah jangkitan pernafasan seperti neumonia, bronkitis, dan asma.
- Kerap berlaku jangkitan pada telinga.
- Kerosakan gigi
- Gangguan perkembangan kanak-kanak termasuk isu kognitif dan kelakuan.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Lepas Handphone, Angkat Anak, Buka Pintu, Keluar”
“Kalau Dengan Mulut Tak Jalan, Maka Kaki Yang Kena Jalan”
“Ya Allah, Aku Paling Takut Kalau Anakku Kena Asap Rokok, Semoga Anak Kita Dijauhkanlah Dari Sakit”
“Bawa Anak Itu Keluar”
“Aishh Naik Hantu Aku Kalau Bau Rokok, Angkat Kaki Pergi Tidur Luar, Kesian Anak Tu, Nanti Sakit”
Baca Artikel Berkaitan: “Rokok Dulu Baru Makan” – Doktor Kongsi 3 Kesan Buruk Merokok Sejurus Berbuka Puasa, Geng ‘Berasap’ Wajib Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Nina Iskandar Berang Individu Yang Merokok dan Vape Berdekatan Bayi dan Kanak-Kanak