fbpx
Now Reading
Wanita Ini Kongsi Tips Termasuk Do’s & Don’t Jika Bercuti Ke Thailand

Wanita Ini Kongsi Tips Termasuk Do’s & Don’t Jika Bercuti Ke Thailand

Antara perkara yang dikongsikan oleh pengguna X berkenaan mengenai Thailand adalah mengenai penggunaan vape atau rokok elektronik di negara Gajah Putih itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak akhir-akhir ini, Thailand sering menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia untuk bercuti berbanding di negara sendiri.

Selain daripada tarikan seperti keunikan makanan dan syurga beli belah, ada di antara mereka yang berpendapat perbelanjaan bercuti di negara jiran itu jauh lebih murah jika dibandingkan bercuti di Malaysia.

Tidak hairanlah jika ramai yang memilih Thailand sebagai destinasi pelancongan bersama keluarga!

Namun, buat anda yang sedang merancang mahu pergi bercuti ke Thailand khususnya ke Bangkok, ini antara perkara yang patut diketahui sebelum bercuti ke sana.

Tips itu dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna @zalyazahari di platform X yang telah mengunjungi negara Gajah Putih itu.

#1 Rokok Elektronik Diharamkan

Buat kaki vape, anda kena berhati-hati apabila menggunakan alat itu ketika berkunjung ke Thailand. Menurut wanita berkenaan, vape atau rokok elektronik diharamkan di negara tersebut.

Jika ditangkap, anda mungkin akan didenda 5,000 baht iaitu sekitar RM630 ataupun dikenakan hukuman penjara.

#2 Hati-Hati Dengan Orang Berniaga Makanan

Melalui rantaian ciapan berkenaan, pengguna tersebut turut mengingatkan agar orang ramai yang berkunjung ke Thailand berhati-hati ketika memilih makanan.

Ini kerana tidak semua premis yang menjual makanan di negara itu menjual makanan halal disebabkan ada majikan non-muslim mengupah pekerja muslim semata-mata mahu melariskan jualannya.

“Kalau yang dalam mall ada kedai besar tulis halal tu insya-Allah boleh makan. Check (semak) dekat website halal Thailand,” tulisnya lagi.

Malah, wanita itu turut berkongsikan logo halal yang diiktiraf dan boleh dijadikan panduan khusus buat muslim yang berkunjung ke sana.

#3 Jaga-Jaga Dalam Percakapan Khususnya Melibatkan Raja

Sama seperti Malaysia, rakyat Thailand turut menghormati raja mereka. Jadi, sebagai pelancong yang bakal berkunjung je Thailand, anda diingatkan sentiasa menjaga percakapan dan berhati-hati dalam perlakuan.

“Negara diorang sangat menjaga raja mereka. Hati-hati dan jangan mulut tempayan and (dan) also jangan terpijak duit mereka or any poster yang ada gambar raja dorang. Hormat okay,” tulisnya lagi.

#4 Turun Di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Kalau Nak Dekat Dengan Bangkok

Ramai yang tidak tahu sebenarnya Thailand mempunyai dua lapangan terbang antarabangsa iaitu Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang.

Kongsi pengguna itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang lebih dekat dengan ibu negara Thailand namun saiznya lebih kecil.

Malah bagi penerbangan dari Malaysia, hanya Air Asia sahaja yang mendarat di Don Mueang. Jadi, anda bolehlah membuat keputusan mengikut pilihan sendiri.

Foyo: Pexels

#5 Orang Muslim Thailand Kebanyakannya Boleh Berbahasa Melayu

Jika berkunjung ke Thailand, tak perlu risau sangat dengan komunikasi. Ini kerana kebanyakan orang Muslim di negara itu boleh berbahasa Melayu disebabkan majoriti mereka yang berasal dari Patani,

“Saya malu juga la dah terkena berapa kali. Kita tanya guna bahasa Thai, dia balas Bahasa Melayu.

“Kita pergi sana nak practice (berlatih) bahasa tu (Thailand) tapi diorang cakap bahasa kita, tapi okay la, easy (senang) for Malay nak pergi sana,” kongsinya lagi.

#6 Guna Pengangkutan Awam Jika Nak Keluar Berjalan-Jalan

Jika anda berniat mahu memandu sendiri untuk berjalan-jalan sekitar Thailand, lupakan sahaja niat itu.

Kongsi pengguna X berkenaan, kesesakan jalan raya di Bangkok amat teruk terutamanya ketika waktu puncak.

Bagi memudah dan melancarkan perjalanan, anda disaran menggunakan pengangkutan awam ataupun Grab, TukTuk serta Bolt.

Foto: Pexels

#7 Jangan Buang Sticker 7-Eleven

Kalau bercuti ke Thailand, tak sah kalau tidak berkunjung ke premis 7-Eleven di sana. Jika anda membuat pembelian di setiap oulet, cashier di sana akan memberi pelekat (sticker) berbentuk setem.

Nampak macam biasakan? Jangan buang kerana ia boleh dijadikan sebagai kupon diskaun jika anda membuat pembelian sekali lagi. Tapi, harus diingat, sticker berkenaan tidak boleh digunakan di lapangan terbang.

Mungkin bagi orang lain nampak perkara yang dikongsikan oleh pengguna ini macam biasa tapi hakikatnya ia amat bermakna khususnya buat bakal pelancong yang mahukan pengembaraan yang lancar.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Jimat Beli Tiket Flight? Ini 5 Tips Buat Anda!

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Tips Mudah Lepasi Pemeriksaan Imigresen UK

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.