Yuumi Kato & Issey Ziarahi Ebby Yus, Ramai Akui Rindu Siri Komedi J.K.K [Video]
Difahamkan, kedatangan Issey dan Yuumi Kato adalalah untuk menanyakan khabar Ebby yang diketahui sedang diuji masalah kesihatan kronik iaitu buah pingang rosak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Mungkin masih ada di antara kita yang mengingati siri rancangan televisyen komedi iaitu Jenaka Kampung Kalut (JKK) yang sering mengisahkan tentang situasi dan ragam rakyat di Malaysia.
Rancangan yang diterbitkan oleh Primeworks Studios dan disiarkan di TV3 ini dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Issey Fazlisham sebagai Bijan, Ropie Cecupak sebagai Pak Kodi, Ebby Yus (Pak Din), Jep Sepahtu (Ucop), Sari Yanti (Milah), Yuumi Kato (Mikan) dan banyak lagi.
JKK mempunyai lapan musim sepanjang penyiarannya yang bermula pada 2016 sehingga 2022. Kini tiada lagi rancangan itu, bahkan pelakonnya juga iaitu Ebby tidak lagi sihat seperti dahulu.
Mikan dan Bijan melawat Pak Din di rumah
Terbaharu, tular di media sosial satu video yang memaparkan dua orang bekas pelakon JKK iaitu Kato yang juga model Jepun dan Issey datang ke rumah Ebby untuk melawatinya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@ebbyyus), Ebby bersyukur dan berterima kasih kepada Kato dan Issey kerana sudi menziarahinya.
“Terima kasih Mikan dari Jepun dengan Bijan datang ziarah Pak Din,” ringas tulis Ebby di ruangan kapsyen.
Ebby hadapi masalah buah pinggang rosak
Difahamkan, kedatangan mereka adalalah untuk menanyakan khabar Ebby yang diketahui sedang diuji masalah kesihatan kronik iaitu buah pingang rosak.
Dalam video tersebut, kelihatan mereka bertiga meluangkan waktu berbual bersama-sama selain Kato juga begitu gembira menunjukkan sesuatu menerusi telefon pintarnya kepada Ebby.
Malah, Kato juga dilihat sangat menghormati pelakon veteran itu memandangkan usia mereka jauh berbeza.
Ramai puji Issey dan Kato, akui rindu JKK
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji Issey dan Kato kerana mengambil berat terhadap Ebby dengan menziarahinya meskipun sudah tidak lagi berlakon bersama-sama dalam rancangan berkenaan.
Selain itu, ramai juga yang mengakui merindui untuk melihat gandingan ketiga-tiga pelakon berkenaan dalam JKK setelah dua tahun ia tidak bersiaran.
Mereka pada masa sama turut menitipkan doa buat Ebby agar diberikan kesembuhan dan dimudahkan segala urusannya.