Khairul Aming & Pin Yang Ke China Untuk Belajar E-commerce Livestream, Bakal Kongsi Dengan Peniaga SME
Khairul Aming turut mendedahkan dia dan Pin Yang berjaya meraih jualan ketika kempen jualan 11.11 yang berlangsung di TikTok sehingga RM1 juta.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nama influencer dan usahawan Khairul Aming (KA) serta Pin Yang sudah tidak asing lagi, malah kedua figura hebat ini melakar satu per satu kejayaan untuk menjadi contoh kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bagi yang tidak mengetahui Khairul Aming menjalankan perniagaan makanan dan ia sering kali habis dijual setiap kali muncul di dalam platform Shopee mahupun TikTok. Manakala Pin Yang pula merupakan pengasas Good Foodie Media dan juga pencipta kandungan (content creator).
Kedua mereka ini sering muncul di media sosial dengan konten kreatif selain sering berkongsi pendapat dan ilmu mengenai perniagaan.
Khairul Aming & Pin Yang terbang ke China, nak belajar ilmu perniagaan
Baru-baru ini, dua figura hebat ini telah terbang ke negara China untuk mempelajari tentang ‘e-commerce livestream’.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Khairul Aming di X, kedua mereka terbang ke Shanghai, China itu selepas selesai melakukan kempen jualan 11.11 di TikTok pada Isnin lalu.
Nak kongsi ilmu perniagaan dengan peniaga SME
Malah Khairul Aming turut mendedahkan dia dan Pin Yang berjaya meraih jualan sehingga RM1 juta sewaktu melakukan kempen 11.11 kelmarin.
“Semalam (11 November) kita orang all out (berusaha keras) kempen 11.11 dan alhamdulillah KA dapat mencapai RM1 juta jualan dan Pin Yang juga dapat buat RM1 juta.
“Tidur 2 jam dan terus pergi airport (lapangan kapal terbang) ke Shanghai. Kita orang datang sini nak belajar pasal e-commerce livestream dekat China dan kita akan bawak sebanyak mungkin ilmu untuk kongsi dengan peniaga Small and Medium Enterprise (SME) dekat Malaysia. Nantikan,” ujarnya dalam hantaran itu.
Dalam hantaran sama, Khairul Aming turut berkongsi beberapa foto menunjukkan dia telah selamat sampai di negara tanah besar itu.
Manakala di Instagram Khairul Aming turut berkongsi video sepanjang perjalanannya dari Malaysia sehingga sampai ke Shanghai.
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah serta kagum dengan Khairul Aming serta Pin Yang kerana sanggup menuntut ilmu sehingga ke China dan ingin berkongsi dengan peniaga lain.
大家好 . Salam dari China 🇨🇳
— Khairulaming (@khairulaming) November 12, 2024
Semalam kitaorang all out kempen 11.11 and alhamdulillah KA dapat achieve RM1 juta sales and Pin Yang also dapat buat RM1 juta. Tidur 2 jam and terus pergi airport fly ke Shanghai 🥹
Kitaorang datang sini nak belajar pasal e-commerce livestream kat… pic.twitter.com/0i6FH2uCnr
Sementara itu dalam satu lagi hantaran di Instagram Story Pin Yang, dia turut berkongsi momen indah sewaktu berjaya meraih jualan sehingga RM1 juta.