fbpx
Now Reading
Ramai Teringat Zaman Sekolah Lepas Tonton Grup Pengakap Buat Persembahan Kawad Kaki [Video]

Ramai Teringat Zaman Sekolah Lepas Tonton Grup Pengakap Buat Persembahan Kawad Kaki [Video]

Menerusi video tersebut, kekemasan kawad kaki yang ditunjukkan kumpulan pengakap dari Sekolah Kebangsaan Pandamaran Jaya membuatkan mereka dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Kebangsaan 2024

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekolah merupakan salah satu institusi yang tidak hanya mengajar tentang akademik semata-mata. Sebaliknya di sini jugalah para pelajar belajar cara untuk bersosial, membina jati diri melalui beberapa program.

Antara program yang disediakan oleh setiap sekolah adalah aktiviti kokurikulum yang akan mendedahkan pelajar kepada beberapa kemahiran lain menerusi minat mereka.

Sebagai contoh dalam program ini mempunyai unit beruniform di mana ia mendedahkan pelajar kepada kemahiran hidup, kerjaya, sukan serta banyak lagi.

Malah dalam unit beruniform juga anak-anak akan didedahkan acara berkawad, khemah dan sebagainya. Perkara ini secara tidak langsung menarik minat pelajar bahawa sekolah bukan sekadar memberi fokus kepada pelajaran.

Video kumpulan pengakap buat persembahan kawad kaki pertandingan kebangsaan raih perhatian

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sekumpulan pelajar unit beruniform pengakap dari Sekolah Kebangsan Pandamaran Jaya, Selangor sedang melakukan persembahan kawad kaki ketika Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Kebangsaan 2024 berlangsung.

Pertandingan itu difahamkan telah berlangsung pada 9 November lalu di Stadium Hang Jebat, Melaka dan disertai oleh pelbagai unit beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, Pandu Puteri dan banyak lagi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Outpost Uniform di TikTok, awalnya kelihatan kumpulan pengakap sedang menunjukkan persembahan kawad kaki mereka untuk pertandingan itu.

Kelihatan mereka bergerak dengan selari dan kemas. Bukan hanya itu, mereka turut mendengar arahan yang diberikan dan setiap pergerakkan dilakukan dengan serentak.

@outpostuniform

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 (Sabtu, 9 November) ✨ ANJURAN 3AHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM & KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA #outpost #kawadkaki #kokurikulum #kebangsaan2024 #kawankaki2024 #pertandingankawadkaki #kawadkakikebangsaan2024

♬ original sound – outpost.os – outpost.os

Dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Peringkat Kebangsaan 2024.

Dipercayai para pelajar yang terbabit dalam pertandingan itu adalah pelajar sekolah rendah dalam kategori di bawah 12 tahun.

Dalam satu lagi video yang dikongsikan oleh Outpost Uniform, kumpulan pengakap dari sekolah rendah tersebut turut berjaya meraih kemenangan dan dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Pasukan Badan Beruniform.

Ramai terkenang kenangan zaman sekolah

Perkongsian video tersebut secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial. Malah ada yang menyifatkan rakaman tersebut membuatkan mereka terkenang kenangan di zaman sekolah.

Ini kerana, ada yang turut berkongsi pengalaman pernah menyertai kawad kaki ketika berada di peringkat sekolah.

@outpostuniform

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 (Sabtu, 9 November) ✨ ANJURAN BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM & KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA #outpost #kawadkaki #kokurikulum #kebangsaan2024 #kawankaki2024 #pertandingankawadkaki #kawadkakikebangsaan2024

♬ original sound – outpost.os – outpost.os

Selain itu, ada juga yang memuji kekemasan persembahan dan usaha yang dilakukan oleh kumpulan pengakap berkenaan untuk pertandingan tersebut.

Ada juga yang mengucapkan tahniah kepada tenaga pengajar yang turut tidak ketinggalan berusaha agar kumpulan itu dapat melakukan persembahan terbaik.

Video memaparkan kumpulan pengakap terbabit turut tular di X dan mendapat reaksi yang sama di kalangan pengguna aplikasi berkenaan.

“Wah teringat zaman sekolah dulu kita memang aktif kawad kaki kadet polis. Rindunya nak kawad. Nak jadi polis tak dapat sebab kita tak cukup tinggi.”

“Kenangan ni, pernah masuk Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) peringkat negeri lah paling tinggi. Berbelang muka. Ambil masa lama nak dapat warna kulit biasa balik”

“Teringat dulu masa sekolah berlatih kawad kaki hari-hari…”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.