Suami Tergamak Tinggal Isteri Hidap Kanser Rahim Tahap 4, Anak-Anak Tak Dapat Ke Sekolah
Disebabkan hantaran 3rd Force Pasir Mas yang tular, ramai pihak yang tampil menghulurkan bantuan kepada Norazah termasuklah beberapa agensi kerajaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai manusia, pastinya tidak lari daripada diuji. Ini kerana ujian sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan.
Ia boleh datang dalam pelbagai bentuk sama ada menerusi kesihatan, kehidupan dan kewangan.
Wanita Ditinggalkan Suami Selepas Hidap Kanser Tahap 4
Itulah yang dapat digambarkan ujian yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita apabila dia ditinggalkan suaminya selepas menghidap kanser rahim tahap empat.
Menerusi hantaran di Facebook 3rd Force Pasir Mas, wanita yang dikenali sebagai Norazah itu disahkan menghidap penyakit berkenaan sewaktu empat tahun yang lalu ketika dia dan anak-anaknya menetap di Johor.
Walau bagaimanapun, dek kerana penyakit yang dihadapi, dia serta keluarga kecilnya itu dibawa pulang ke Kg Aur Cina, Pasir Mas, Kelantan oleh adiknya, Aziz yang mahu menjaga dia sekeluarga walaupun Aziz hanya bekerja kampung.
Ini kerana Norazah kini tidak mampu lagi untuk bergerak sendiri hingga kadang kala terpaksa merangkak pergi ke tandas setelah disahkan menghidap penyakit kanser tersebut.
Anak-Anak Dah Tiga Bulan Tak Pergi Sekolah Selepas Pindah Ke Kampung
Apa yang menjadi perhatian adalah tiga orang anak wanita itu tidak bersekolah kerana Norazah tidak mampu dari segi kudrat dan kewangan.
Difahamkan ketika berada di Johor, ketiga-tiga anaknya itu pergi ke sekolah namun kerana kurang berkemampuan bagi menguruskan urusan pertukaran, kesemua anaknya itu masih belum dapat pergi ke sekolah walaupun telah tiga bulan berada di kampung.
Apa yang lebih menyentuh hati, kesemua kanak-kanak berkenaan mengangguk laju apabila ditanya oleh pihak 3rd Force Pasir Mas sama ada mahu pergi ke sekolah.
Disebabkan keadaannya juga, Norazah memerlukan bantuan khususnya seperti katil hospital, lampin pakai buang dewasa serta bantuan supaya anak-anaknya itu dapat bersekolah semula.
DITINGGAL SUAMI SETELAH DISAHKAN KANSER TAHAP 4 Kg Aur Cina, 10hb Nov 2024 Tergamam kami. Tidak dapat kami bayangkan…
Posted by 3rd Force Pasir Mas on Sunday 10 November 2024
Hantaran Tular Hingga Ramai Tampil Hulurkan Bantuan
Kisah sedih wanita itu nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuk agensi kerajaan.
Menerusi hantaran terbaharu 3rd Force Pasir Mas, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas telah datang ke rumah Norazah bagi membincangkan isu persekolahan tiga orang anaknya.
Dengan izin Allah, ketiga-tiga mereka dapat memulakan persekolahan pada semalam (12 November).
Tidak hanya itu, disebabkan hantaran yang tular, ramai pihak yang tampil menghulurkan bantuan termasuklah beberapa agensi kerajaan.
“Kami di 3rd Force Pasir Mas dan Yayasan Raja Shamri ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu Puan Norazah dan anak-anaknya terutama kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas dan perseorangan individu yang kami tak mampu nak senaraikan.
“Kami juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah menyumbang untuk membantu Puan Norazah dan anak-anaknya,” tulisnya.
TERIMA KASIH PPD PASIR MAS Pasir Mas, 11hb Nov 2024 Kisah Puan Norazah yang menderita sakit kanser serta tiga anaknya…
Posted by 3rd Force Pasir Mas on Monday 11 November 2024
Baca Artikel Berkaitan: Isteri Diceraikan Gara-gara Buang Sebelah Payudara Akibat Kanser Tahap 4
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Wanita Sempurna” – Lelaki Pilih Wanita Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 4 Sebagai Isteri Raih Pujian [Video]