fbpx
Now Reading
Lelaki Dakwa DBKL ‘Double Standard’, Kunci Tayar Bezza Tapi Tutup Mata Dengan Kereta Mewah [Video]

Lelaki Dakwa DBKL ‘Double Standard’, Kunci Tayar Bezza Tapi Tutup Mata Dengan Kereta Mewah [Video]

Lelaki terbabit turut mendakwa bahawa anggota DBKL hanya berdiam semasa dia bertanya mengapa kenderaan-kenderaan mewah yang turut parkir di tepi jalan itu tidak dikunci tayar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, memarkir kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya seperti di tepi jalan merupakan satu kesalahan.

Pihak berkuasa termasuk majlis bandaraya boleh mengambil tindakan saman, kunci tayar (clamp) atau menunda kenderaan yang melakukan kesalahan terbabit.

Peraturan-peratutan ini harus dipatuhi oleh semua orang tanpa mengira jenis kenderaan atau pangkat pemandunya.

Tular lelaki dakwa DBKL ‘double standard’

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video seorang lelaki mendakwa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersikap ‘double standard’.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sekitar bandaraya Kuala Lumpur semasa DBKL sedang menjalankan operasi mengunci tayar kenderaan yang parkir di tepi jalan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @thenshijin, lelaki terbabit mendakwa bahawa tayar Perodua Bezza miliknya dikunci oleh penguatkuasa DBKL kerana kesalahan itu.

DBKL didakwa tak ‘clamp’ tayar kereta-kereta mewah

Pun begitu, dia mendakwa bahawa beberapa kenderaan mewah lain yang turut parkir di tepi jalan di kawasan yang sama tidak dikunci tayar oleh anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu menyebabkan lelaki berkenaan berasa tidak puas hati.

“Clamp Bezza tapi tak kunci tayar kereta mahal. Tolong jelaskan DBKL? Untuk pengetahuan anda, kita dah bayar yuran tapi di mana keadilan?

“Kereta mahal maksudnya boleh langgar undang-undang? Dah tanya kenapa mereka tak kunci tayar kereta mewah, tapi mereka diam sahaja,” tulisnya di dalam video.

Namun, video tersebut hanyalah berdurasi 15 saat sahaja, tiada kepastian terhadap dakwaan yang dilakukan oleh lelaki terbabit.

Sehingga kini, pihak DBKL tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut yang tular di media sosial dan meraih perhatian ramai.

Kami juga akan menghubungi pihak DBKL bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu berkenaan.

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang ‘backup’ DBKL

Menjengah ke ruangan komen dalam video berkenaan, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video terbabit.

Segelintir orang berpendapat bahawa anggota DBKL tidak mengunci tayar kereta-kereta mewah itu kerana berkemungkinan kenderaan terbabit telahpun membayar parkir melalui dalam talian.

Tidak kurang juga yang mendakwa pihak PBT itu tidak melakukan perkara sama terhadap Bezza terbabit kerana alat ‘wheel clamp’ itu tidak padan dengan saiz tayar kenderaan-kenderaan mewah itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.