fbpx
Now Reading
Persembahan ‘Choral Speaking’ Pelajar Prasekolah Ini Hingga Dinobat Johan Negeri Raih Pujian [Video]

Persembahan ‘Choral Speaking’ Pelajar Prasekolah Ini Hingga Dinobat Johan Negeri Raih Pujian [Video]

Menerusi video kelihatan kanak-kanak dari prasekolah berkenaan berani dan boleh menghafal setiap dialog mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak yang sedang membesar bermula umur 1 hingga 12 tahun sememangnya sedang sibuk meneroka dunia mereka.

Oleh itu sebagai ibu bapa, guru serta ahli keluarga kita perlulah menyokong atau memberi bimbingan terhadap minat si kecil.

Selain itu, kita juga boleh mengalakkan serta mendedahkan mereka kepada aktiviti yang dapat memupuk jati diri mereka sejak dari kecil.

Tular video memaparkan gelagat comel kumpulan pelajar prasekolah buat persembahan ‘Choral Speaking’

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan gelagat comel sekumpulan kanak-kanak prasekolah sedang membuat persembahan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nad di TikTok, awalnya kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berdiri di atas pentas yang menjadi seorang konduktor mewakili prasekolah Sekolah Kebangsaan Taman Daya dalam Pertandingan Bicara Berirama.

Pertandingan itu telah berlangsung pada 10 November yang lalu di Dewan Jubli Intan, Tangkak, Johor.

Dalam video itu, kelihatan kanak-kanak perempuan itu memanggil rakan-rakannya untuk masuk membuat persembahan melalui arahan tangan.

Ingat setiap dialog dalam persembahan

Kelihatan kumpulan prasekolah tersebut membuat persembahan untuk pertandingan tersebut dengan penuh semangat. Malah setiap mereka mengingati dialog masing-masing.

Menerusi persembahan itu kedengaran mereka menyampaikan kisah mengenai Mat Jenin yang suka berangan sewaktu pertandingan itu. Bukan hanya itu, dalam dialog tersebut gurunya turut menyelit beberapa lagu viral.

Apa yang lebih menarik, mereka dapat melakukan persembahan untuk pertandingan itu persis seperti pelajar sekolah rendah dan menengah. Ini kerana pelajar prasekolah dipercayai rata-ratanya berusia enam tahun.

Di ruang kapsyen Nad memaklumkan persembahan yang dilakukan oleh kanak-kanak berkenaan membuah kejayaan apabila mereka dinobatkan sebagai johan untuk pertandingan itu.

“Johan Pertandingan Bicara Berirama Prasekolah Peringkat Negeri Johor 2024. Konduktor terbaik dan skrip terbaik. Kenangan manis untuk anak-anak, cikgu dan ibu bapa.

“Proud teacher here (cikgu sangat bangga). Cari live tak jumpa masa hari pertanding,” kata Nad.

@0naddddd0

Johan Pertandingan Bicara Berirama Prasekolah Peringkat Negeri Johor 2024. Konduktor terbaik dan Skrip terbaik. Kenangan manis untuk anak2, cg2 dan ibu bapa. Proud teacher here🫶😭. Cari live tak jumpa masa hari pertandingan. Sian yang berdebar2 dekat sekolah tak tau cerita😂 #bicaraberiramaprasekolah #bicaraberirama #pasirgudang #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #foryoupage #praontop #prad3 #teampragojes #daretodream #demimurid @soulfiza @a.riana62 @piaayya9 @strawbarryiess_ @khaira20121

♬ original sound – Nadddddd – Nadddddd

Ramai puji dan bangga keberanian kanak-kanak buat persembahan

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji dan bangga dengan keberanian kanak-kanak itu ketika membuat persembahan.

Ini kerana, walaupun masih kecil namun mereka juga mampu menonjolkan diri dalam pertandingan itu.

Tidak kurang juga ada yang teruja kerana kanak-kanak ini boleh menghafal dan mengingati setiap dialog mereka.

“Walaupun bukan anak-anak aku dalam video ni.. tapi aku yang sebak, sebab aku bangga tengok dia orang”

“Fuh, hebatnya guru-gurunya. Budak pra bukan mudah nak didik sampai macam ni”

“Hebatnya, baru tadika dah boleh hafal step panjang-panjang macam ni. Terbaik”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.