fbpx
Now Reading
Tular Kancil Tertera Tulisan Sokong Israel, Ramai Husnuzon Anggap Kereta Diconteng Individu Lain [Video]

Tular Kancil Tertera Tulisan Sokong Israel, Ramai Husnuzon Anggap Kereta Diconteng Individu Lain [Video]

Dalam video terbabit, turut didakwa terdapat beberapa tulisan lain pada cermin belakang Kancil berkenaan yang seakan menunjukkan kebencian terhadap agama Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia merupakan antara negara yang lantang mengecam kekejaman dilakukan oleh tentera Israel terhadap penduduk di Palestin.

Bahkan, kebanyakan rakyat di negara ini termasuk pemimpin tertinggi juga sentiasa menunjukkan sokongan mereka terhadap negara yang sedang bergolak itu.

Jika ada pihak yang menunjukkan sokongan terhadap rejim Zionis, sudah pasti ia akan mendapat kecaman ramai selain tindakan undang-undang juga diambil.

Seperti sebelum ini, seorang lelaki pernah dipenjara enam bulan dan denda RM500 pada tahun lalu kerana mengibarkan bendera Israel di sebuah bengkel di Marang, Terengganu.

Baca Artikel Berkaitan: Padah Kibar Bendera Israel, Lelaki Ini Dipenjara 6 Bulan & Denda RM500

Tular Kancil kuning tertera tulisan sokong Israel

Terbaharu, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kereta didakwa tertera tulisan seakan menunjukkan sokongan terhadap Israel.

Perkara tersebut disedari oleh seorang pemandu lelaki yang dikenali sebagai Azrul Effendy yang berada di belakang kereta jenis Perodua Kancil berwarna kuning itu di sebuah kawasan jalan raya di Rawang sebelum bertindak merakam dan menularkannya.

Didakwa turut ada tulisan ‘musnahkan Palestin’

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@azruleffendy1120), Azrul mendakwa turut tertera tulisan ‘musnahkan Palestin’ pada cermin belakang Kancil itu.

“Aku mula-mula macam kesian juga dekat kereta ini, tapi masalahnya korang tengok ni, ‘long live Israel and destroy Palestin’,” katanya sambil membaca tulisan itu.

Selain itu, Azrul turut mendakwa terdapat beberapa tulisan lain yang seakan menunjukkan kebencian terhadap agama Islam.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 1 minit itu berjaya meraih lebih 95,300 tontonan dan 3,336 tanda suka sekali gus meraih pelbagai reaksi.

Memindai ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial berpendapat bahawa tulisan itu bukanlah ditulis oleh pemandu, sebaliknya ada individu lain yang tidak bertanggungjawab menulisnya.

“Kita husnuzon, dia on the way pergi bengkel cat, ada orang conteng kereta dia”

“Jangan fitnah, jangan-jangan orang yang conteng kereta dia”

“Rasanya ada orang aniaya dia ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.