Wanita & Adik-beradik Buat Kejutan Taja Ibu Bapa Rai Ulang Tahun Perkahwinan Di Koh Samui [Video]
Menurut Murfiqah awalnya dia dan adik-beradik memaklumkan kepada ibu bapa mereka akan ke Langkawi sebelum memberi kejutan sebenar akan ke Koh Samui, Thailand.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu yang bergelar anak pasti ingin membuatkan kedua ibu bapa mereka gembira dan bahagia selepas bertungkus-lumus bekerja untuk membesarkan anak-anak.
Malah ramai juga yang bercita-cita untuk membalas jasa kedua ibu bapa dengan menjaga mereka, menghadiahkan sesuatu perkara yang boleh membuatkan mereka gembira dan sebagainya.
Wanita & adik-beradik raikan ulang tahun percutian di Koh Samui
Baru-baru ini, seorang wanita serta adik-beradiknya turut melakukan perkara sama kepada kedua ibu bapanya apabila menaja percutian ke Koh Samui, Thailand.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Murfiqah di TikTok, awalnya kelihatan mereka berada di lapangan terbang kerana dia memberitahu ibu bapanya mereka akan ke Langkawi, Kedah sempena ulang tahun perkahwinan.
Namun sampai sahaja di lapangan terbang, Murfiqah kemudian menyerahkan pasport dan tiket penerbangan mereka. Sebaik menerima tiket penerbangan itu, kedua ibu bapanya kemudian melihat destinasi yang akan dituju.
Terkejut, tak sangka ditaja percutian ulang tahun perkahwinan ke Koh Samui
Lihat sahaja pada tiket itu, mereka kemudian terkejut kerana destinasi bukan Langkawi sebaliknya ke Koh Samui. Murfiqah kemudian memaklumkan ia adalah dari dia dan adik-beradik yang lain.
Kelihatan wajah mereka terkejut namun gembira dalam masa yang sama atas kejutan yang diberikan oleh anak-anak.
Di ruang kapsyen, Murfiqah memaklumkan ibu bapanya pernah berbulan madu di Koh Samui suatu ketika dahulu.
“Masyaallah kerja keras akhirnya berbaloi. Kami telah berkerja keras untuk perkara ini. Satu percutian yang ditaja sepenuhnya (oleh kami) untuk kedua ibu bapa bagi meraikan ulang tahun di tempat berbulan madu mereka suatu masa dahulu.
“(Cerita sebelum mengetahui destinasi sebenar) saya memberitahu kedua ibu bapa mereka akan ke Langkawi supaya mereka akan menyiapkan pakaian untuk ke pantai. Pada hari penerbangan, kami kemudian membantu mereka untuk membuat pendaftaran masuk dan sebagainya tanpa mereka ketahui kemanakah destinasi sebenar.
“Saya rasa misi kami telah berjaya untuk saya,” ujarnya.
Ramai puji wanita dan adik-beradik kerana bahagiakan ibu bapa
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji Murfiqah dan adik-beradiknya kerana membahagiakan ibu bapa dengan menaja percutian sempena ulang tahun perkahwinan.
Tidak kurang juga ada menyimpan impian untuk melakukan hal sama kepada kedua ibu bapa mereka.
Selain itu, ada yang mengatakan membahagiakan ibu bapa adalah satu perasaan yang best.