fbpx
Now Reading
Cermin Kereta Kena Pecah Kerana Double Park, Wanita Cari Saksi & Rakaman Dashcam

Cermin Kereta Kena Pecah Kerana Double Park, Wanita Cari Saksi & Rakaman Dashcam

Walau bagaimanapun, niat wanita yang mahu mencari saksi kejadian cermin keretanya yang pecah dipersoal netizen yang menganggap perbuatannya yang double park sebagai satu balasan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Parkir Berganda atau Double Park merupakan budaya yang biasa di Malaysia lebih-lebih lagi di kawasan yang terhad jumlah parkirnya.

Kebiasaannya, kebanyakan pemandu akan menurunkan brek tangan atau meninggalkan maklumat seperti nombor telefon bagi memudahkan orang lain.

Namun kadangkala, tindakan double park ini boleh menguji kesabaran terutama buat mereka yang sedang menghadapi kecemasan dan perlu keluarkan kenderaan dengan kadar segera.

Ada yang boleh bersabar dan menunggu pemandu kenderaan double park itu namun ada juga yang tidak dapat menahan sabar hingga boleh melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Cermin Kereta Pecah & Kereta Kemek Kerana Double Park

Gara-gara double park, seorang pemandu wanita menerima padah apabila cermin dan kenderaannya kemek akibat perbuatannya itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di kumpulan Facebook Komuniti Bisnes Bdr Teknologi Kajang/Semenyih/Bangi/Nilai, pengguna yang dikenali sebagai Nadia telah memuat naik gambar keretanya yang rosak.

Melalui hantaran tersebut, dia mengakui salahnya sendiri yang menghalang orang lain hingga menyebabkan cermin keretanya pecah dan kemek di bahagian pintu.

“Nak minta tolong jasa baik daripada anda. Untuk makluman, cermin kereta saya kena pecah dan kemik disebabkan saya blocking (halang) kereta orang. Saya admit (mengaku) saya salah,” tulisnya di hantaran tersebut.

Cari Saksi & Rakaman Kamera Papan Pemuka Kejadian

Apa yang menjadi perhatian adalah pengguna berkenaan mahu mencari saksi serta rakaman kamera papan pemuka (dashcam) dalam kejadian yang berlaku di Hospital Kajang.

Malah, dia juga turut menyertakan nombor telefon bagi individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan.

“Nak tanya, sesiapa yang berada di Hospital Kajang dan ada parking kereta di dalam hospital (berhadapan hotel rhr pada 11/11/2024 jam lebih kurang 1pm-3pm), nak minta jasa baik yang mana nampak kejadian pada tarikh dan waktu tersebut untuk menjadi saksi dan jika ada rakaman dashcam dari kereta yang ada parking situ adalah lagi baik.

“Nak minta jasa baik minta tolong untuk maklum pada saya. Ini nombor saya 017-*******. Terima kasih banyak-banyak. Moga-moga Allah balas jasa baik anda semua,” tulisnya.

Ramai Persoal Tindakan Wanita Mahu Cari Saksi

Walau bagaimanapun, niat wanita itu yang mahu mencari saksi kejadian dipersoal netizen.

Ini kerana ramai menganggap perbuatannya itu sebagai balasan kepada pengguna berkenaan yang menghalang kenderaan lain.

Apatah lagi, sebelum ini pernah tular di media sosial video sebuah kereta Proton Preve berwarna merah double park dan menghalang laluan.

Melalui video tular itu, pemilik video mendakwa dia terpaksa menunggu hampir 30 minit walaupun telah menelefon pemandu Proton Preve yang bernama Nadia.

Lebih menarik perhatian, nombor telefon dalam video yang tular itu juga sama seperti hantaran di kumpulan Facebook berkenaan.

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Anggaplah Yuran Kecuaian, Tak Payahlah Cari Siapa Buat”

“Tak Payahlah Cari Siapa Buat, Untuk Apa Nak Cari? Nak Suruh Dia Ganti?”

“Ambil Sebagai Pengajaran, Jangan Block Kereta Orang”

“Menyusahkan Orang & Pentingkan Diri Sis, Tanggung Jela Repair Tu Sendiri, Jadikan Pengajaran”

“Orang Takkan Saja-Saja Nak Pecahkan Cermin Kereta Orang Lain Kalau Diri Sendiri Tu Jenis Selfish Tarik Handbrake”

Baca Artikel Berkaitan: “Menyusahkan Orang” – Pemandu Myvi Selamba ‘Double Park’ & Tarik Brek Tangan Dikecam Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Cakap Maaf Pun” – Lelaki Bengang, Terpaksa Tunggu 30 Minit Gara-Gara Wanita Double Park Depan Kereta [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.