fbpx
Now Reading
Nenek Bongkok Tetap Beri Sedekah Walaupun Uzur Buat Ramai Sentap [Video]

Nenek Bongkok Tetap Beri Sedekah Walaupun Uzur Buat Ramai Sentap [Video]

Berdasarkan video tersebut, kelihatan warga emas terbabit berdiri dan berjalan dalam keadaan bongkok sabut atau kifosis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak kiralah walau di mana sekali pun kita berada, setiap individu dituntut untuk melakukan kebaikan.

Malah di dalam Islam sendiri mereka yang melakukan kebaikan seperti bersedekah, membantu orang yang susah akan sentiasa diberikan ganjaran pahala buat mereka.

Bukan hanya itu, kebaikan yang dilakukan juga dapat menggembirakan hati mereka yang sedang mengalami kesusahan.

Tular nenek bongkok sabut tak lupa berkongsi rezeki kepada orang lain

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita warga emas tetap bersedekah meskipun dirinya sendiri berada dalam keadaan yang sangat uzur.

Kejadian itu dirakam oleh seorang wanita yang menyedari warga emas berkenaan mengira duit di tangannya sebelum memberikan wang tersebut kepada seorang lelaki dipercayai cacat penglihatan yang sedang duduk menjual tisu bersebelahan sebuah tangga.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok wanita berkenaan (@raysa.20), warga emas itu dilihat berdiri dan berjalan dalam keadaan bongkok sabut atau kifosis.

Nenek bongkok sedekah wang kepada dua lelaki buta

Apa yang lebih mengharukan, nenek berkenaan bukan sekadar memberi wang kepada individu itu, malah dia juga berkongsi rezekinya buat seorang lagi lelaki yang berada di kawasan itu.

Warga emas itu dilihat berjalan perlahan-lahan dalam keadaan membongkok ke arah lelaki terbabit sebelum menghulurkan sekeping wang kertas yang dipengang di tangannya.

Wanita yang berpakaian lusuh dan koyak itu kemudiannya berlalu pergi setelah memberikan wang tersebut.

“MasyaAllah, walaupun keadaan nenek seperti ini, tapi dia tidak lupa berbagi (rezeki). Ya Allah lindungilah dia,” tulis di ruangan kapsyen.

Nenek bongkok sering berada di Seksyen 14, Petaling Jaya

Menurut pemilik video, nenek berkenaan sering dilihat berada di sekitar kawasan medan selera Seksyen 14, Petaling Jaya.

Menurutnya, dia juga sering melihat orang awam berkongsi sedekah dengan warga emas terbabit.

Video berdurasi 51 saat itu kemudiannya mendapat perhatian ramai di mana berjaya meraih lebih 3.6 juta tontonan dan sekitar 480,000 tanda suka di TikTok.

Ramai sebak dan terharu, siap titip doa buat nenek itu

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak dan terharu melihat tindakan nenek berkenaan yang tetap bersedekah meskipun dirinya sendiri tidak mempunyai kudrat yang kuat.

Malah, mereka turut menitipkan doa kepada wanita lanjut usia itu agar sentiasa dilindungi Allah SWT.

Tidak kurang juga yang ingin membantu warga emas itu seperti memberikan pakaian baru serta barang-barangan keperluan asas yang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.