Ramai Kecam Tindakan Individu Pura-Pura Terjatuh Seperti Dilanggar Kereta Untuk Tuntut Insurans [Video]
Menerusi video tersebut, tindakan individu berkenaan yang secara tiba-tiba cuba menerpa ke arah kenderaan sedang berjalan mengundang kritikan ramai.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di masa kini, ramai individu yang ingin mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang yang banyak dengan cara mudah.
Ada segelintir darinya yang sanggup melakukan kerja-kerja haram serta membahayakan diri asalkan mendapat ganjaran setimpal sebagai contoh scam seperti dilanggar kenderaan untuk membuat tuntutan insurans.
Malah di media sosial ramai yang melakukan scam seperti ini apabila sanggup membahayakan diri dengan melintas di hadapan kereta untuk membuat tuntutan kerana dilanggar.
Tular individu sengaja jatuhkan diri ketika kenderaan lalu, didakwa nak tuntut insurans
Baru-baru ini, seorang individu turut melakukan perkara sama apabila dilihat dengan sengaja muncul dari tepi jalan seolah-olah dilanggar kenderaan lain.
Menerusi video dashcam yang tular dikongsikan oleh seorang pengguna @mhmmdhsm di X, awalnya kelihatan seorang individu yang berada di lorong kecemasan secara tiba-tiba menerpa ke arah jalan di lorong kiri.
Pemilik dashcam sempat bunyikan hon dan mengelak
Sedar mengenai perkara itu, pemandu pemilik dashcam dengan segera membunyikan hon dan mengelak daripada melanggar individu berkenaan.
Kelihatan di dalam kamera invidu terbabit jatuh ke atas jalan raya.
Menurut pengguna berkenaan insiden itu berlaku di sebuah jalan raya di Bukit Jalan Duta.
“Budaya tuntut insuran semakin menjadi-jadi dah, ini kalau silap langkah nyawa dia melayang dengan tuan kereta masuk gaung.
“Dah lah menurun Bukit Jalan Duta! Kereta-kereta sekarang wajib ada dashcam dah,” katanya.
Dia juga mengatakan kejadian seperti ini mungkin akan menyukarkan pemandu sekiranya tidak mempunyai bukti.
Budaya claim insurance makin menjadi2 dah ini kalau silap langkah nyawa dia melayan dengan tuan kereta masuk gaung.
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) November 14, 2024
Dah la menurun bukit jalan duta ! Kereta2 sekarang wajib ada dashcam dah tidak susah takda bukti. pic.twitter.com/g4atM0rfSv
Ramai kecam tindakan berbahaya individu berkenaan
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut mengecam tindakan bahaya individu berkenaan kerana ia boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya lain.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat tindakan individu berkenaan boleh memberikan kesan negatif kepada pengguna lain. Ini kerana sekiranya berlaku kemalangan mungkin akan ada yang memikirkan mereka menipu.