“Sebut ‘Wahai Syeikh’ Boleh Berjalan Atas Air” – Pendakwah Kongsi Kisah Guru & Murid Raih Reaksi Ramai [Video]
Dalam video itu, pendakwah berkenaan mendakwa perkara ini terjadi kerana murid-murid berkenaan tidak mempunyai ilmu mengenali Allah SWT untuk berhubung secara terus seperti guru mereka itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Meminta dan berdoa perkara-perkara yang kecil dan remeh kepada Allah SWT bukan setakat dibolehkan, bahkan ia sebenarnya satu anjuran yang dipesan oleh Nabi SAW kepada umat Baginda.
Memetik laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, permintaan kita kepada Allah SWT walaupun dalam sekecil-kecil perkara juga menunjukkan betapa tingginya pergantungan kita kepada-Nya.
Jika sekecil-kecil perkara dan remeh pun digalakkan untuk meminta kepada Allah SWT, apatah lagi jika perkara yang besar di luar kemampuan manusia.
Pendakwah kongsi kisah sekumpulan murid kena sebut nama guru untuk seberangi air
Bagaimanapun, baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pendakwah berkongsi mengenai kisah 40 orang murid yang perlu berdoa menyebut nama gurunya (syeikh) untuk menyeberangi air.
Menerusi perkongsian video berkenaan yang dimuat naik di akaun X @ZacZakirin13, pendakwah terbabit berkata seorang daripada murid itu bagaimanapun tenggelam kerana berdoa kepada Allah SWT dan bukannya menyebut nama gurunya.
“Sebut nama ‘wahai Syeikh’ kami nak berenang, maka ada seorang murid yang yakin tak yakin, maka dia kata ‘Ya Allah’ tak sebut nama syeikh tadi.
“Maka yang peliknya 39 orang murid tadi selamat berjalan atas air, yang sorang lagi sebut ‘Ya Allah’ tenggelam,” kata pendakwah itu.
Dalam video sama pendakwah itu kemudiannya berkata, murid itu akhirnya dapat menyeberangi air selepas dia menyebut nama gurunya itu.
Guru jadi perantaraan murid dengan Allah
Jelasnya, guru terbabit mentarbiah murid-muridnya bahawa perkara tersebut berlaku kerana dia menjadi perantara di antara pelajarnya dengan Allah SWT.
Menurut pendakwah itu, perkara ini terjadi kerana murid-murid berkenaan tidak mempunyai ilmu mengenali Allah SWT untuk berhubung secara terus seperti guru mereka itu.
Video pendakwah berkenaan kemudiannya meraih perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan dakwah terbabit kerana ia disifatkan sebagai taksub kepada guru.
Ustaz Yazid Hamka dakwa perkara itu adalah syirik
Video: pic.twitter.com/VxxSjUcQZL
— YAZID HAMKA (@yazid_hamka_) November 13, 2024
Perkara tersebut turut mendapat perhatian seorang penulis buku keagamaan ’30 Cerita & 30 Hari – Menemukan Ramadan Yang Terbaik Tahun Ini’ yang dikenali sebagai Ustaz Yazid Hamka menerusi satu ciapan yang dimuat naik di akaun X miliknya.
Dakwa Yazid, perkara itu jelas adalah syirik kerana setiap umat Islam hanya boleh berdoa kepada Allah SWT sahaja.
“Entah kenapa orang sebegini dibiarkan berceramah, menyampaikan ilmu agama. Biarlah lemas dalam air pun, asalkan tidak syirik,” ciapnya.
Na'uzubillahi min zalik.
— YAZID HAMKA (@yazid_hamka_) November 13, 2024
Moga Allah lindungi kita daripada perkara itu.
Jelas, ini adalah syirik. Entah kenapa orang begini dibiarkan berceramah, menyampaikan ilmu agama.
Padahal kita cuma boleh berdoa kepada Allah.
Biarlah lemas dalam air pun, asalkan tidak syirik.
Pendedahan tersebut menyebabkan, pengguna X berkongsi klip rakaman yang tidak dikaburkan dan meminta agar pihak berkuasa tempatan melakukan siasatan tentang ceramah yang diberikan oleh pendakwah berkenaan.