fbpx
Now Reading
“Tenang Level Lain Ni Bang” – Reaksi Lelaki Selepas Dilanggar Kereta Bikin Ramai Kagum [Video]

“Tenang Level Lain Ni Bang” – Reaksi Lelaki Selepas Dilanggar Kereta Bikin Ramai Kagum [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal berkenaan begitu tenang dan bercakap dengan sopan kepada pemandu wanita selepas dilanggar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemalangan yang berlaku di jalan raya merupakan salah satu perkara yang tidak dijangka bila ia akan berlaku.

Namun terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan seseorang berdepan dengan kemalangan di jalan raya seperti keadaan jalan, sikap pengguna jalan raya lain yang tidak berhati-hati dan sebagainya.

Tidak dinafikan juga kemalangan yang berlaku adakalanya membuatkan segelintir daripada pengguna yang terbabit berasa marah sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.

Penunggang motosikal kekal tenang selepas dilanggar kereta

Namun berbeza dengan seorang lelaki ini apabila dia dilihat begitu tenang meskipun baharu sahaja terlibat dalam kemalangan ketika sedang menunggang motosikal.

Menerusi video yang tular di X, awalnya lelaki yang sedang menunggang motosikal itu sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Namun sebaik sahaja dia memberhentikan motosikalnya, secara tiba-tiba dia dilanggar oleh sebuah kereta.

Perlanggaran itu secara tidak langsung menyebabkan dia dan motosikal terjatuh ke atas jalan.

Tidak lama selepas itu kedengaran seorang rider lain yang bertanya adakah dia okay dan boleh mengangkat motosikal berkenaan.

Lelaki itu menjawab dia boleh melakukannya sambil mengutip semula barangan peribadi yang terjatuh ke jalan selepas dilanggar.

Pemandu segera mohon maaf selepas langgar penunggang motosikal

Pemandu wanita yang melanggar motosikal itu juga segera turun dan memohon maaf kepada penunggang berkenaan.

“Okay tak? Maaf, maaf. Tak perasan,” kata wanita itu.

Penunggang itu lalu segera menghidupkan enjin motosikal dan memaklumkan kepada pemandu tersebut dia okay dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Okay, okay. Tak ada apa-apa. Cuak (takut) sikit,” ujar lelaki itu sambil ketawa.

Sempat berbual-bual mesra selepas kemalangan

Malah selepas menghidupkan enjin motosikal dia juga sempat berbual-bual mesra dengan rider yang bertanya mengenai keadaannya. Kelihatan dia begitu tenang dalam menghadapi situasi cemas tersebut meskipun mengakui awalnya sedikit takut.

Melihat di ruangan balas, ramai yang menyifatkan reaksi penunggang motosikal itu sangat tenang dan sabar sewaktu kemalangan berlaku.

Sifat yang ditunjukkan oleh penunggang berkenaan membuatkan ada pengguna X yang mahukan tips darinya.

Tidak kurang ada yang sempat bergurau dengan mengatakan mungkin pemandu wanita yang melanggar lelaki terbabit adalah individu yang disukainya (crush).

“Abang punya tenang level lain ni bang. Spill tips bang”

“Mesti yang langgar tu crush dia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.