fbpx
Now Reading
Kes Bergaduh Hingga Bebola Mata Dikorek, Lelaki Kini Alami Buta Kekal

Kes Bergaduh Hingga Bebola Mata Dikorek, Lelaki Kini Alami Buta Kekal

Suspek warga asing yang bertindak mengorek biji mata mangsa adalah jiran di perumahan sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki tempatan dipercayai mabuk sedang terbaring di atas jalan selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki warga asing.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Flat Rathina, Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Apa yang mengejutkan suspek telah mengorek mata sebelah kiri sehingga menyebabkan mangsa kehilangan bebola matanya.

Ekoran daripada insiden tersebut polis telah menahan reman suspek sehingga 20 November untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Namun pihak polis masih belum merakamkan sebarang kenyataan daripada mangsa kerana lelaki itu perlu menjalani pembedahan mata di Hospital Pulau Pinang, lapor Kosmo.

Lelaki buta mata kiri secara kekal gara-gara dikorek warga asing

Terbaharu, pihak polis memaklumkan mangsa yang berusia 52 tahun kini dalam keadaan stabil namun mengalami kecacatan kekal ekoran daripada kejadian yang berlaku.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad lelaki berkenaan masih lagi menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Keadaan mangsa semakin pulih dan mengalami kecacatan kekal akibat insiden itu.

“Siasatan sedang dilengkapkan bagi mendakwa suspek di mahkamah,” ujarnya lapor Harian Metro.

Awalnya berlaku perselisihan faham sebelum berlaku pergaduhan

Menerusi hasil siasatan yang dilakukan, berlaku pertengkaran di antara mangsa dan juga suspek yang berusia 28 tahun sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Punca pergaduhan bermula daripada perselisihan faham antara kedua-dua mereka yang juga jiran perumahan sama.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan ketika kejadian dia dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

“Manakala suspek yang juga memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tiada rekod jenayah.”

Sebelum ini media melaporkan tindakan mangsa mengganggu suspek menyebabkan warga asing itu menjadi berang sehingga tercetus pergaduhan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.