fbpx
Now Reading
Mahu Orang Ramai Ambil Iktibar, Graduan Kongsi ‘Cabaran’ Pada Hari Majlis Konvokesyen Jadi Perhatian

Mahu Orang Ramai Ambil Iktibar, Graduan Kongsi ‘Cabaran’ Pada Hari Majlis Konvokesyen Jadi Perhatian

Jelas pengguna itu menerusi ruangan komen, perkongsiannya itu bertujuan sebagai peringatan buat dirinya dan graduan yang lain agar sentiasa bersedia dan berhati-hati lebih-lebih lagi melibatkan majlis sedemikian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada ketika ini, sedang berlangsungnya majlis konvokesyen di kebanyakan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara.

Sudah pastinya ia menjadi detik yang amat dinantikan oleh mahasiswa kerana hari tersebut merupakan saat bermakna bagi meraikan segala usaha dan kerja keras mereka selama ini.

Bukan itu sahaja, ahli keluarga khususnya ibu bapa turut teruja menantikan detik itu bagi meraikan kejayaan cahaya mata tersayang.

Namun, dalam pada tidak sabar meraikan hari tersebut, ada di antara mereka yang terpaksa menempuh ‘ujian’ sebelum meraikan hari bermakna itu.

Ibu & Kakak Tiada Kad Jemputan Untuk Masuk Ke Dewan

Itulah yang dihadapi oleh seorang mahasiswi apabila pelbagai ujian yang terpaksa ditempuh sebelum majlis konvokesyennya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok @yu._.miss, dia berkongsikan cabaran yang perlu ditempuhi ketika hari garduasinya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Jelas mahasiswi tersebut, segalanya berjalan lancar sehinggalah saat dia mengetahui ibunya tidak dapat masuk ke dewan kerana tiada kad jemputan.

Menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp antara dia dan kakaknya, ibu pengguna itu terpaksa duduk di bawah khemah gara-gara polis yang tidak membenarkan ibunya masuk ke dewan disebabkan ketiadaan kad jemputan.

Jelas pengguna itu, dia mengakui salahnya sendri yang menghilangkan kad jemputan yang sepatutnya digunakan oleh ibu dan kakaknya sebagai tiket masuk ke dalam dewan.

Tambahnya lagi, dia sedih hingga menangis apabila mengetahui ibunya hanya boleh menyaksikan detik bermakna itu dari khemah yang terletak di luar dewan.

“Saya dekat dalam memang nangis habis, dah tak peduli pasal make up atau orang sekeliling, dalam hati waktu tu berdoa sangat ada keajaiban supaya mak dan kakak dapat masuk,” tulisnya.

Ada Orang Sanggup Beri Kad Jemputan

Walau bagaimanapun, sedih pengguna itu tidak lama apabila seorang rakan sekelasnya sanggup memberi kad jemputan kepadanya.

“Ada seorang coursemate saya ni, dia Chinese girl, dia nampak saya menangis dan merayu pada staff dalam dewan tu, dia terus keluarkan kad jemputan dari dalam beg dan beri pada saya.

“Dia kata family tak dapat datang so dia bagi saya dan pujuk ‘jangan nangis lagi, awal lagi’,” tulisnya.

Tak Boleh Masuk Dewan Lepas Beri Pas Kepada Emak

Gembira dengan pemberian itu, wanita berkenaan kemudiannya keluar memberikan pas berkenaan kepada ibu dan kakaknya.

Namun, kegembiraannya hanya seketika selepas dia pula dihalang daripada masuk ke dewan gara-gara tidak memakai stokin berwarna hitam.

Sedangkan, dakwanya sebelum itu, dia telah diberi masuk walaupun tidak memakai stokin berwarna hitam dan masih ramai graduan juga yang melakukan perkara sama.

Walaupun telah merayu dan memujuk staf agar memberi keizinan kepadanya untuk masuk, dia masih lagi tidak dapat masuk ke dewan tersebut.

Ada Orang Bagi Pinjam Stokin Warna Hitam

Dengan kuasa Allah, ketika pengguna itu menelefon ibu dan kakaknya bertanyakan tentang stokin berwarna hitam, secara kebetulan dia terlihat seorang wanita memakai stokin warna yang dikehendakinya.

Apa yang menjadi perhatian adalah mahasiswi itu sanggup menegur wanita berkenaan untuk meminjam stokin tersebut.

“Dah dapat stokin hitam dan dah boleh lepas masuk dewan semula. Part paling terharu mak cik stokin tu siap bagitahu stokin hitam ni stokin umrah dia.

“Dengan berkat stokin umrah ni, Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Rasa sangat-sangat berterima kasih kepada coursemate saya dan mak cik stokin tu.

“Kalau tiada insan yang baik ni, saya rasa memang saya balik je, tak da rasa nak konvo dah,” tulisnya lagi.

Jelas pengguna itu menerusi ruangan komen, perkongsiannya itu bertujuan sebagai peringatan buat dirinya dan graduan yang lain agar sentiasa bersedia dan berhati-hati lebih-lebih lagi melibatkan majlis sedemikian.

Ramai Titip Nasihat, Ada Juga Yang Berkongsi Pengalaman

Video carousel yang telah mendapat lebih 105,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata menasihati wanita itu agar lebih bersedia di masa hadapan bagi mengelakkan kejadian berkenaan tidak berulang lagi.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman menghadapi situasi sama pada hari konvokesyen.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Moral Of The Story, Awak Kena Prepare Awal-Awal & Baca Balik Dia Punya T&C”

“Saya Pun Senasib Dengan Sis, Banyak Ujian Time Konvokesyen & Hari Nak Dekat Konvo”

“Sebab Tu Mak Ayah Selalu Bercakap & Selalu Ingatkan Bersedia Awal, Biasanya Anak-Anak Ambil Remeh”

“Rare Betul Kisah Konvo Kamu Adik, Apapun Tahniah Ya”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Mahasiswa Buat Pre Convo Photoshoot Dalam Hospital Kerana Kawan Accident [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Ingat Artis” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Pelancong Ambil Giliran Mahu Bergambar Dengan Graduan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.