Pelanggan Sanggup Beratur Dalam Hujan Lebat Untuk Ke Gerai Viral Undang Kritikan [Video]
Menerusi video terbabit, turut kelihatan ada pelanggan yang membawa anak kecil sanggup beratur dalam hujan sambil memegang payung di gerai viral berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di masa kini kuasa viral dilihat semakin menjadi-jadi di media sosial, malah boleh dikatakan ia adalah salah satu teknik pemasaran yang terbaharu buat mereka yang berniaga.
Bukan hanya itu, ada yang melakukan pelbagai teknik pemasaran untuk memastikan perniagaan mereka semakin dikenali.
Sebagai contoh ada yang melantik duta, influencer dan banyak lagi untuk memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Apabila ia semakin dikenali pasti ramai netizen yang mahu mencubanya.
Malah ada yang sanggup beratur untuk tempoh yang lama demi sesuatu makanan viral.
Pelanggan sanggup beratur di gerai viral raih perhatian
Baru-baru ini perkara sama turut berlaku di sebuah gerai viral apabila orang ramai sanggup beratur demi mendapatkan makanan yang dijualnya sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan @syedakramin di X, awalnya kelihatan perakam sedang berada di sebuah tapak perniagaan seperti booth yang menjual makanan di Pauh Jaya, Pulau Pinang.
Apa yang menjadi perhatian, kelihatan orang ramai sanggup beratur di sebuah gerai yang dipercayai ‘viral’ dalam keadaan hujan lebat dan tidak berbumbung.
Sanggup pegang payung beratur dalam hujan di gerai viral
Malah rata-rata yang beratur di gerai terbabit dilihat turut memegang payung sambil menunggu giliran mereka.
Terdapat juga pelanggan yang membawa anak kecil seperti di dalam kereta sorong ‘stroller’ dalam hujan berkenaan sewaktu beratur di gerai itu.
Turut kedengaran perakam juga kurang senang dengan tindakan segelintir pelanggan yang sanggup berhujan demi mendapatkan makanan di gerai berkenaan.
Perakam juga dalam video itu meminta para pelanggan untuk pulang kerana mereka boleh berkunjung semula apabila keadaan cuaca reda.
Kasihan. Tak boleh bezakan kehendak dan keperluan.
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) November 17, 2024
Cari tempat selamat untuk berlindung dari petir dan hujan itu keperluan. Manakala makanan gerai viral adalah kehendak.
Pastikan pilihan kita betul.
pic.twitter.com/8r7IdmEdGV
Ramai pengguna media sosial kritik pelanggan beratur dalam hujan lebat
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ramai pengguna media sosial mengkritik tindakan pelanggan yang beratur di dalam hujan berkenaan.
Ada yang mengatakan ia adalah satu tindakan yang tidak wajar untuk pelanggan beratur dalam keadaan hujan lebat hanya untuk makanan yang diinginkan.
Malah ada yang berpendapat segelintir individu sanggup menunggu dalam keadaan hujan demi mendapatkan makanan viral dek kerana Fear Of Missing Out (FOMO). Namun tidak rela menunggu ketika mendapatkan perkhidmatan awam seperti hospital atau pasport.
Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila dan di manakah situasi itu berlaku.