Tindakan Sekumpulan Lelaki Bantu Cari Ratu Lebah Selepas Sarang Jatuh Di Jalan Raya Raih Pujian [Video]
Lelaki tersebut dilihat tidak memakai topeng atau sut keselamatan untuk menyelamatkan ratu dari koloni lebah yang jatuh itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seseorang yang mencintakan haiwan pasti akan membantu atau menyelamatkan haiwan yang dalam kesusahan atau kesakitan.
Selalunya, kita melihat orang ramai menyelamatkan haiwan yang comel dan kebiasaannya tidak berbahaya seperti kucing dan anjing.
Namun seorang lelaki tampil berbeza apabila cuba menyelamatkan sebuah koloni serangga.
Baca Artikel Berkaitan: “Siap Bersihkan Bekas Dulu” – Tindakan Lelaki Beri Kucing Jalanan Makan & Minum Dipuji Ramai
Baca Artikel Berkaitan: 2 Kali Datang Kedai, Tindakan Peniaga Sedekah Ayam Goreng Untuk Anjing Jalanan Raih Pujian Netizen
Lelaki Cari Ratu Lebah Dari Sarang Yang Jatuh Di Jalan Raya
Menerusi satu video yang tular di X (@update11111), kelihatan seorang lelaki sedang tertunduk di atas jalan raya sambil dikerumuni serangga yang kelihatan seperti lalat.
Namun apabila melihat kepada penerangan yang tertulis, serangga tersebut sebenarnya merupakan satu koloni lebah!
Difahamkan bahawa sebuah sarang lebah telah terjatuh ke atas jalan raya tersebut sehingga pecah.
Lelaki Selamatkan Ratu Lebah Tanpa Pakai Sut Keselamatan
Dalam pada itu, sekumpulan lelaki yang berada di sana dengan beraninya bertindak untuk membantu ratu lebah bagi memastikan koloni tersebut selamat.
Lebih merisaukan lagi mereka tidak memakai sebarang pakaian keselamatan seperti topeng atau sarung tangan ketika melakukan perkara tersebut, melainkan berkasut getah.
Namun mereka kelihatan tenang mencari ratu lebah dan seperti tidak disengat oleh sekumpulan serangga tersebut.
Melihat kepada nombor plat pada kenderaan dalam video, kejadian itu dipercayai terjadi di luar negara.
“Steady Macam Main Puzzle 3000 Pieces” – Pengguna X
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai memuji tindakan sekumpulan lelaki itu yang berusaha untuk menyelamatkan ratu dan koloni lebah.
“Respek betul! Bukan semua orang berani dan tahu cara selamatkan lebah,” kata seorang pengguna media sosial.
Ada juga yang berkongsi mengalaman mereka memanggil penyelamat lebah di bawah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi mengambil sarang lebah di rumah jirannya. Siap dapat merasa madu dan tengok ratu lebah!
Dalam pada itu, seorang individu berkongsi kepada orang ramai agar meminta bantuan Penyelamat Lebah Malaysia bagi memindahkan sarang dengan selamat.
“Lebah ni tunggak utama dalam ekosistem, jadi kena jaga sebaiknya,” katanya.
Koloni Lebah Akan Lenyap Jika Ratu Mati
Ratu lebah sememangnya menjadi tunggak sesebuah koloninya. Menurut NBC News, sesebuah koloni lebah akan musnah jika kehilangan ratunya. Ini kerana hanya ratu lebah yang boleh menghasilkan lebah betina.
Walaupun lebah betina lain akan menghasilkan telur, namun tiada lagi lebah jantan untuk mengawan. Oleh itu, telur yang dihasilkan hanya akan menetaskan lebah jantan dan tiada ratu akan dilahirkan.
Sebagai info, lebah betina tidak akan menghasilkan telur sewaktu keberadaan ratunya. Menurut sebuah kajian, ini kerana ratu lebah akan menghasilkan signal kimia agar ovari lebah betina lain tidak aktif.
Kajian yang dijalankan juga mendapati lebah betina dari koloni berdekatan turut akan berkerumun ke sarang tersebut untuk bertelur.
Lebah betina penting dalam sesebuah koloni kerana ia akan mencari debunga, menghasilkan madu dan melindungi sarang.
Sebaliknya lebah jantan hanya bertugas sebagai ‘drone’ untuk mengawan dengan ratu dan tidak mempunyai fungsi lain.